Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lĂ©ninisme) prinsip dan dasar yg didukung oleh Lenin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata leninisme


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Marxism-LeninismMarxisme-LeninismeSains PolitikTiadaTiada
Marxism-LeninismMarxisme-LeninismeSains PolitikPolitik PerbandinganLihat faham Marx-Lenin.
intelligentsiacerdik pandaiSains PolitikHubungan AntarabangsaIstilah bahasa Inggerisnya yang berasal daripada perkataan Rusia yang bermaksud ahli cendekiawan yang melibatkan diri dalam politik seperti yang berlaku di Rusia pada abad ke-19. Selepas Revolusi Rusia, istilah ini mempunyai unsur Leninisme kerana telah digunakan oleh penyokong Lenin dalam komunikasi mereka. Sinonim inteligensia.
socialistsosialisSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau kelompok yang mendukung fahaman sosialis. Pendukung sosialis cenderung kepada konsep pemilikan awam seperti pendidikan, pengangkutan, hospital atau kesihatan dan pembekalan tenaga yang dimiliki oleh kerajaan. Mereka juga tidak membenarkan institusi-institusi penting ini dikuasai oleh pihak peniaga persendirian yang lebih mementingkan keuntungan. Pendukung ini menentang keras sistem kapitalis yang menindas kelas bawahan. Terdapat beberapa variasi sosialisme seperti leninisme, stalinisme dan marhaenisme. Contoh tokoh sosialis tanah air sebelum merdeka ialah Ahmad Boestamam.
Marxism-Leninismfaham Marx-LeninSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman komunis yang dikembangkan oleh Lenin dari doktrin Marx berhubung dengan revolusi komunis yang menggabungkan kelas pekerja, pemimpin pekerja dan petani. Pemikiran ini wujud kerana kegagalan gagasan Marx dalam melahirkan masyarakat komunis secara dialektik materialisme semula jadi. Marx meramalkan golongan buruh ini akan melancarkan revolusi proletar untuk menjatuhkan kelas kapitalis lalu membentuk satu masyarakat tanpa kelas. Lenin kemudiannya mengubah suai fahaman Marx dan membentuk sebuah parti politik di Rusia untuk menggerakkan kelas bawahan gabungan buruh dan petani bagi melancarkan revolusi memperbaik kedudukan mereka. Antara pindaan penting yang dibual oleh Lenin ialah penampilan peranan parti politik, penonjolan kelas tani serta peranan sekumpulan kecil elit yang mendorong kepada revolusi ini. Pemikiran ini merupakan pencetus revolusi di Rusia pada tahun 1917. Sinonim Marxisme-Leninisme.

Kembali ke atas