blister | lepuh | Perubatan | Tiada | Bahagian kulit yang menggelembung, yang mengandungi cecair serus, yang terbentuk di bawah kulit, iaitu di antara epidermis dengan dermis. Lepuh yang berdiameter kurang daripada 1 cm dinamai vesikel, dan yang lebih daripada 2 cm dinamai bula. Lepuh biasanya terjadi akibat geseran, haba atau penyakit. Lihat juga lecur. Sin: bula |
blister | lepuh; gelembung | Perubatan | Tiada | 2. Lepuh: Gelembung kecil pada kulit yang berisi serum, yang terhasil sebagai tindak balas terhadap kesan bakaran, atau kerengsaan mekanik. |
blister | lepuh; gelembung | Kejuruteraan | Tiada | 1. Lepuh: Kesan kecacatan di permukaan logam dalam bentuk bintik timbul terhasil semasa pemprosesan. |
white blister | lepuh putih | Biologi | Patologi | Lepuh putih yang merupakan kumpulan miselium dan spora kulat yang menyebabkan penyakit tersebut. Contohnya penyakit yang disebabkan oleh Albugo sp. |
blister | lepuh (tembikar) | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Lepuh yang berlaku pada tembikar akibat pembakaran, kesan tindak balas tanah dan kualiti pembuatan yang tidak setara. Pelepuhan juga boleh terjadi pada lapisan glasier yang tidak tebal, bahagian leher dan badan tembikar yang sering disentuh oleh manusia. |
blister smut | smut lepuh | Biologi | Patologi | Smut yang menunjukkan gejala lepuh, contohnya gejala pada Poa pratensis yang disebabkan oleh kulat Entoloma dactylidis. |
blister blight | hawar lepuh | Biologi | Patologi | Penyakit hawar pada daun teh yang disebabkan oleh kulat Exobasidium vexans. Gejala utamanya ialah lepuh cekung yang timbul ke permukaan daun, tetapi jika dilihat daripada bahagian bawah daun, ia nampak seperti cacar. |
blister beetle | kumbang lepuh | Biologi | Entomologi | Kumbang bersayap pendek yang mengeluarkan bahan minyak berbau busuk untuk perlindungan diri. Darah kumbang ini mengandungi dadah kantradin yang dahulunya digunakan sebagai ubat untuk merawati lepuh. Kumbang dewasa merupakan herbivor, tetapi larvanya menjadi parasit pada lebah. |
cantharidin(e) | kantaridin | Biologi | Entomologi | Bahan kimia yang diperoleh daripada sesetengah kumbang dalam famili Cantharidae (Meloidae), khususnya llat Sepanyol atau kumbang lepuh. Bahan ini dapat menyebabkan lepuh pada kulit manusia, dan digunakan sebagai ubat. |
blister | lepuh; gelembung | Fizik | Tiada | Tiada |