Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.lin] | ليلين

Definisi : 1. sj bahan yg mengandungi lemak (utk dibuat dian dll): perahu ~ layarnya kertas, berani kulanggar lautan api; ~ lebah = ~ mentah = ~ sambang lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg digunakan utk membatik; 2. lilin dll yg dibuat dlm bentuk silinder, diberi bersumbu dan apabila dibakar memberikan cahaya, dian: guru itu seolah­olah lampu atau ~ kpd masyarakat; ke mana kelok ~, ke sana kelok loyang prb perihal orang yg hanya menurut fikiran orang yg di atasnya sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.lin] | ليلين

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung kelengkeng, Tringa nebularia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.lin] | ليلين

Definisi : 1 bahan yg berlemak dan mudah cair apabila panas: ~ lebah lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg digunakan utk membatik. 2 sj suluh yg dibuat drpd lilin 1 dan bersumbu; dian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lilin

Puisi
 

Apakah lilin di biduk,
     Namun gala-gala jua;
Apakah kirim mande esok,
     Anak berurai air mata jua.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Lengan bagai lilin dituang.

Bermaksud :

Lengan yang cantik.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tahi lilintahi lilinKesenianSeni BatikSisa lilin yang tertinggal setelah kain direbus atau dicelur. Lilin ini boleh digunakan semula untuk membuat campuran lilin.
waxlilinKimiaTiadaSebatian organik yang mempunyai berat molekul yang tinggi, berbentuk pepejal pada suhu bilik dan berkomposisi serupa dengan lemak dan minyak, kecuali lilin tidak memngandungi gliserida. Lilin tergolong dalam kelas lipid, kalis air, licin, terbakarkan, larut di dalam pelarut organik tetapi tidak larit di dalam air. Lilin terdiri daripada lilin asli yang diperoleh daripada haiwan (lilin lebah), sayur-sayuran, atau mineral (lilin bumi dan lilin petroleum) dan lilin buatan yang diperoleh daripada plimer etilenik dan naftalena berklorin. Lilin digunakan untuk membuat krayon, dian, pengilat, bahan kosmetik, kertas karbon, sebatian kalis air, dan sebatian pencuci.
batik blok-lilinbatik blok-lilinKesenianSeni BatikBatik, terutama batik sarung yang dihasilkan dengan menggunakan blok-lilin. batik pukul lilin.
campuran lilincampuran lilinKesenianSeni BatikBahan membatik yang terdiri daripada lilin putih (parafin), damar (resin), lilin lebah, minyak kelapa dan lemak binatang yang akan dicantingkan atau dipukulkan pada kain dan bertindak sebagai tahan warna, gondorukem, soka.
tapis lilintapis lilinKesenianSeni BatikAlat untuk menyaring lilin panas yang banyak kotoran.
waxlilinBiologiHistologi dan SitologiEster monohidroalkohol yang lebih tinggi daripada gliserol dan tidak larut di dalam air serta sukar dihidroksidakan, yang menjadi pelindung daun, batang, buah, bulu haiwan dan integumen serangga. Ini termasuk lanolin, lilin lebah dan lilin karnauba. Lilin juga merupakan ester melisil asid palmatik. Rumusnya adalah seperti yang berikut: C30H61O.CO-C15H31
blok-lilinblok-lilinKesenianSeni BatikProses membatik dengan menggunakan sarang. Dengan proses ini pukul lilin dan celup warna dibuat sebanyak dua kali. Setelah dipukul buat kali pertama, kain dicelup untuk mendapatkan warna asas, dibilas dan dijemur, kemudian dipukul semula untuk menutup warna pertama sebelum dicelup warna dan dibilas sekali lagi dan seterusnya direbus.
batik pukul lilinbatik pukul lilinKesenianSeni Batiklih. batik blok-lilin.
batik stensil-lilinbatik stensil-lilinKesenianSeni BatikKain batik yang warna corak di sebelah luarnya sama jelas dengan di sebelah dalamnya, dan dihasilkan dengan menggunakan stensil-lilin.
lost-wax castingpenuangan lilin hilangKejuruteraanTiadaPenuangan lilin apabila corak lilin di antara acuan dua lapis dibuang dengan mencairkan corak itu dan digantikan dengan logam lebur.
12345678910...

Kembali ke atas