Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata longifolia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
speciesspesiesHerbaBotani dan BioteknologiGolongan organisma yang mempunyai sifat yang sama. Spesies berada pada kedudukan bawah genus dan terletak di kedudukan lebih atas daripada subspesies. Spesies merupakan perkataan kedua bagi nama saintifik organisma dalam penamaan saintifik. Spesies menunjukkan tumbuhan tersebut telah dikenal pasti dengan lengkap oleh ahli taksonomi. Contohnya �longifolia� bagi �Eurycoma longifolia� (tongkat ali). Perkataan ini ditulis dalam italik dan huruf pertama ialah huruf kecil. Terdapat nama spesies yang diberikan menggambarkan ciri tumbuhan tersebut. Contohnya, �longifolia� yang bermaksud daun panjang.
Eurycoma longifoliaTongkat ali, pasak bumi, setunjang bumi, bedara pahitPertanianTiadaTumbuhan daripada famili Simaroubaceae, dikenali sebagai pasak bumi, setunjang bumi dan bedara pahit. Pokoknya bersaiz sederhana dan mempunyai daun majmuk pinat. Jambak bunganya terjuntai ke bawah dengan bunga kecil berwarna merah jambu dan buah berbentuk bujur (ellipsoid). Sebatian kimia utamanya ialah eurikomanon, eurikomanol dan eurikomalakton terutamanya di bahagian akar. Tumbuhan ini hidup di hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Akarnya digunakan sebagai tonik, afrodisiak (merangsang seks), mengubati demam, mengurangkan tekanan darah tinggi, merawat sakit tulang, sakit kuning, cirit-birit, cirit berdarah, masalah penghadaman makanan, ubat cacing, ketegangan otot dan berpotensi merawat barah. Batangnya pula digunakan untuk merawat demam malaria dan kecacingan.
Eurycoma longifoliatongkat aliHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan daripada famili Simaroubaceae yang dikenali juga sebagai pasak bumi, setunjang bumi dan bedara pahit. Pokoknya bersaiz sederhana dan mempunyai daun majmuk pinat. Jambak bunganya terjuntai ke bawah dengan bunga kecil berwarna merah jambu dan buah berbentuk bujur. Sebatian kimia utamanya ialah eurikomanon, eurikomanol dan eurikomalakton terutama di bahagian akar. Tumbuhan ini hidup di hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Akarnya digunakan sebagai tonik, afrodisiak, mengubati demam, mengurangkan tekanan darah tinggi, merawat sakit tulang, sakit kuning, cirit-birit, cirit-birit berdarah, masalah penghadaman, ubat cacing, ketegangan otot dan berpotensi merawat barah. Batangnya pula digunakan untuk merawat demam malaria dan kecacingan.
bekabekaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu Pajanella longifolia. Nama tempatannya ialah bonglai. Gubal dan teras kayu ini biasanya berwarna coklat kelabu, dan sukar dibezakan antara kedua-duanya. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata, dengan ira yang agak bersimpul. Kayu beka mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 350 hingga 370 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang ringan dan lembut.
sudorificsudorifikHerbaPemiawaianEkstrak herba yang boleh menyebabkan pengeluaran peluh secara berlebihan. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia). Sinonim diaforetik.
decoctionrebusanHerbaPemiawaianPenyediaan ekstrak herba dengan merebus ramuan herba dalam air. Contohnya, rebusan akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) untuk menghasilkan tonik.
fastigiate plant; upright planttumbuhan tegakLandskapTiadaI. Tumbuhan yang tumbuh tegak dan lurus seperti pokok jolok hantu (Polyalthia longifolia). 2. Tumbuhan yang mempunyai ciri dan bentuk menegak.
fastigiate plant; upright planttumbuhan tegakLandskapTiadaI. Tumbuhan yang tumbuh tegak dan lurus seperti pokok jolok hantu (Polyalthia longifolia). 2. Tumbuhan yang mempunyai ciri dan bentuk menegak.
antianxietyantiresahHerbaPemiawaianSifat agen yang boleh mengurangkan tekanan perasaan atau kegelisahan seseorang. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia).
aphrodisiacafrodisiakHerbaPemiawaianHerba yang dapat memulihkan potensi dan fungsi seksual serta meningkatkan keinginan seksual. Contohnya, ekstrak akar tongkat ali (Eurycoma longifolia) dan pokok kacip fatimah (Marantodes pumilum).
1234

Kembali ke atas