geographic longitude | longitud geografi | Geologi | Tiada | Istilah umum yang digunakan untuk longitud geodesi atau longitud astronomi. |
longitudinal coast | pinggir laut longitud; tepi laut longitud; pinggir laut membujur | Geografi | Tiada | Pinggir laut yang terletak selari dengan sifat topografi dan struktur geologi kawasan. |
quarter | suku; sayap jalan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Fasa bulan semasa kuadratur, iaitu semasa bulan baru, longitud bulan melebihi longitud matahari dengan 90o, atau semasa bulan penuh.,2. Bibir jalan, iaitu sesuku luar jalan. Sinonim: bahu. [KA] |
heliocentric longitude | longitud heliosentrik | Matematik | Tiada | Longitud samawi yang diukur dalam sistem koordinat dengan asalannya terletak di pusat matahari. |
bending | pembengkokan | Sains Sukan | Biomekanik | Pembebanan secara tak simetri yang menghasilkan tegangan pada sebelah satu jasad dan mampatan pada sebelah yang berlawanan di sepanjang paksi longitud. Lihat juga paksi longitud. |
longitude effect | kesan longitud | Kejuruteraan | Tiada | Perubahan keamatan sinar kosmos di sepanjang garisan khatulistiwa mengikut longitud. |
geodetic longitude | longitud geodesi | Matematik | Tiada | Sudut di antara meridian rujukan dengan satah yang melalui paksi kutub dan garis normal sferoid, dan berbeza dengan longitud falak yang bertentangan sebanyak jumlah ralat komponen mencancang utama stesen dibahagi dengan konsinus latitud geodesi. |
relative angles | sudut relatif | Sains Sukan | Biomekanik | Sudut yang terbentuk di antara paksi longitud dua segmen bersebelahan. Lihat juga paksi longitud. |
longitude | longitud | Matematik | Tiada | Sudut pada pusat bumi yang dicangkum oleh lengkok Khatulistiwa yang terletak di antara dua meridian, yang satu daripadanya melaluinya Greenwich, England (meridian rujukan). Bagi sesuatu tempat yang terletak pada meridian yang satu lagi, sudut berkenaan disebut longitud bagi tempat itu. |
lunar star | bintang qamari | Matematik | Tiada | Bintang yang digunakan dalam falak nautika bagi menentukan longitud bumi dengan membandingkan jarak qamarinya dengan jarak bagi jam dan longitud tertentu. |