LOS (lost of signal) | LOS (kehilangan isyarat) | Teknologi Maklumat | Tiada | Istilah generik untuk menandakan penghantaran data yang pincang atau tidak lengkap. |
polymer mud | lumpur polimer | Kejuruteraan | Petroleum | Lumpur penggerudian yang telah ditambahkan polimer ke dalamnya. Tujuan penambahan polimer pada amnya adalah untuk meningkatkan kelikatan lumpur. terdapat beberapa jenis bahan polimer yang biasa digunakan misalnya LOL, LOS, CMC dan lain-lain. |
Nielsen rating | penarafan Nielsen | Komunikasi | Korporat | Kaedah mengesan tindak balas khalayak terhadap media, mengenali sifat khalayak, dan mengenal pasti hubungan khalayak dengan media. Jenis kajian pengesanan yang biasa dilakukan adalah mengesan pola dan kekerapan pendedahan khalayak pada media, peringkat pendedahan dan kesukaan terhadap barangan, dan aspek lain yang berkaitan dengan maklum balas pemasaran. Apabila sistem televisyen beralih kepada sistem digital, kaedah pengukuran khalayak telah menggunakan alat ukur yang dikenali sebagai meter Active/Passive (A/P). Meter A/P ini merupakan alat yang boleh menentukan atau menetapkan jenis rancangan dan masa menonton. Sebelum itu, syarikat penarafan Nielsen telah memperkenalkan teknologi Local People Meter untuk mengukur khalayak media di kawasan metropolitan yang aktiviti perniagaannya aktif, seperti New York, Los Angeles, dan Chicago di Amerika Syarikat. Pada akhir kurun ke-20, syarikat penarafan khalayak yang dimiliki oleh syarikat AGV Nielsen telah menguasai pasaran aktiviti penarafan khalayak dunia terutamany |