air discharge | luahan udara | Sains | Hidrometeorologi | 1. Suatu bentuk luahan kilat yang mempunyai sifat antara luahan awan dan luahan awan ketanah. Dalam luahan udara, saluran kilat pelbagai cabang yang menurun dari dasar awan tidak sampai ke tanah, tetapi hanya berjaya untuk meneutralkan cas ruang yang tersebar di lapisan subawan. Luahan seumpama ini merambat hampir keseluruhannya melalui proses perintis bertingkat bersama beberapa penahan perintis, tetapi tidak pernah menunjukkan fenomena penahan balik yang khusus kepada luahan awan ke tanah kerana pusat cas yang terlibat dalam kes tersebut tidak terdapat di dalam kawasan kekonduksian yang paling tinggi. Luahan udara lebih selalu terdapat di kawasan gersang kerana dasar awan tinggi biasanya berlaku di kawasan tersebut dan juga disebabkan oleh keadaan permukaan yang menghasilkan arus luahan titik yang kuat. Arus inilah yang mengembangkan cas ruang yang agak besar di lapisan sub-awan. 2. Suatu jenis luahan elektrik bauran yang dilaporkan terdapat di kawasan atas dari ribut petir yang aktif. |
discharge coefficient | koefisien luahan | Hidrologi | Tiada | Nisbah luahan yang dicerap atau luahan sebenar terhadap luahan yang dikira secara teori. |
evaporation discharge | luah sejatan | Hidrogeologi | Tiada | Luahan air dari zon tepu ke atmosfera dalam bentuk gas. Luahan boleh dibahagikan kepada luahan tumbuhan dan luahan tanih (Meinzer). (Dimensi: L3T-1) Ruj.: Meinzer 1923 |
discharge capacity | muatan nyahcas; keupayaan luahan; muatan luahan | Fizik | Tiada | Tiada |
discharge capacity | muatan nyahcas; keupayaan luahan; muatan luahan | Geologi | Tiada | Tiada |
discharge capacity | muatan nyahcas; keupayaan luahan; muatan luahan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
face discharge bit | bit luahan muka/bit luahan bawah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Mata alat yang digunakan untuk menggerudi batu-batan lembut. Mata alat ini mempunyai liang-liang membujur yang membolehkan cecair penyejuk dialirkan ke permukaan pemotongan. Bit luahan muka dikenali juga sebagai mata alat luahan bawah. |
lightning discharge | luahan kilat | Sains | Hidrometeorologi | Siri proses elektrik yang dengannya cas dipindah di sepanjang alur ketumpatan ion tinggi di antara pusat-pusat cas elektrik yang mempunyai tanda-tanda yang bertentangan di dalam awan petir (luahan awan); di dalam awan dan pada permukaan bumi (luahan awan-ke-bumi atau luahan bumi-ke-awan); di dalam dua awan yang berlainan (luahan awan-ke-awan); atau di dalam awan dan di dalam udara bawah dari awan (luahan udara). Ia merupakan bentuk luahan bunga api yang berskala amat besar, dan perlu dibezakan daripada luahan korona dan luahan titik. Secara huraian, terutamanya berkaitan dengan kecahayaannya, luahan tunggal kilat disebut silauan kilat. |
critical discharge | kadar alir genting; kadar luahan genting | Kejuruteraan | Tiada | Kadar luahan genting: Kadar luahan yang mengekalkan aliran genting di dalam bahagian saluran tertentu untuk kedalaman aliran yang tetap. |
long discharge | luahan panjang | Sains | Hidrometeorologi | Luahan elektrik bergas yang kepanjangan alur luahannya amat panjang berbanding dengan garis pusatnya. Luahan kilat merupakan contoh semula jadi luahan panjang. Ia juga disebut bunga api panjang. |