engineering drawing | lukisan kejuruteraan | Komputer | Tiada | Tiada |
blueprint | cetakan biru | Kesenian | Tiada | 2. Cetakan kertas berwarna biru yang dihasilkan melalui surihan lukisan kejuruteraan atau pelan arkitek. |
blueprint | cetakan biru | Kesenian | Tiada | 2. Cetakan kertas berwarna biru yang dihasilkan melalui surihan lukisan kejuruteraan atau pelan arkitek. |
isometric projection | unjuran isometrik | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Lukisan kejuruteraan yang menunjukkan gambaran objek menurut tiga satah, iaitu satah x-y, x-z, dan y-z yang serenjang antara satu sama lain. Sementara itu paksi x dan y condong 30° terhadap garis ufuk. Lukisan ini banyak digunakan dalam proses reka bentuk produk. |
shop drawings | lukisan bengkel | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Lukisan yang terperinci yang disediakan oleh jurubina sebagai panduan binaan seperti komponen bangunan batu, kerangka konkrit pratuang, panel dinding tirai dan sebagainya. |
valve diagram | gambar rajah injap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Lukisan ringkas atau panduan yang menghubungkaitkan pergerakan sipi injap atau pergerakan injap dengan titik masukan, penamat, pemampatan dan pembebasan injap. Contohnya, lukisan ini digunakan untuk menerangkan pergerakan injap gelangsar enjin stim. |
detail drawing | lukisan terperinci | Kejuruteraan | Tiada | Lukisan yang menunjukkan sesuatu bahagian dan penggunaan bahan secara terperinci. |
elevation | pandangan keratan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Lukisan yang menunjukkan rupabentuk bangunan yang dilihat dari arah tertentu, misalnya dari arah hadapan, arah sisi dan sebagainya. |
blue print | cetak biru | Kejuruteraan | Tiada | Lukisan perancangan pembinaan yang dicetak menggunakan kertas ferroprussite. Lukisan ini mempunyai garis-garis putih dan berlatar belakang biru. |
framing plan | pelan kerangka | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Lukisan yang menunjukkan susunan dan saiz anggota-anggota struktur bagi lantai atau bumbung. |