vesting | letak hak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Hak seseorang peserta pelan memperoleh faedah ke atas sumbangan majikannya. Hak ini tidak bergantung kepada penerusan pekerjaan peserta tersebut. |
cyberslacker | penculas siber | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Individu yang menggunakan kemudahan Internet dan e-mel majikannya untuk melakukan aktiviti peribadi semasa waktu bekerja seperti bermain permainan dan membeli-belah secara dalam talian serta melayari laman media sosial. |
tax on tax | cukai atas cukai | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cukai yang dikenakan atas cukai pendapatan pekerja yang dibayar oleh majikannya. |
common law defenses | pembelaan common law | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alasan atau rayuan yang boleh menggagalkan dakwaan seseorang pekerja yang tercedera terhadap majikannya melainkan ada undang-undang pampasan pekerja atau liabiliti majikan. Tiga pembelaan atau alasan itu ialah kecuaian sertaan, risiko tertanggung dan peraturan kecederaan disebabkan oleh rakan sekerja. |
ajir khass | pekerja khas/pekerja khusus | Perniagaan Islam | Tiada | Pekerja upahan bagi suatu tempoh tertentu. Pekerja khas boleh menerima bayaran upah setelah bersedia dan pekerja tersebut dianggap sebagai pemegang amanah kepada majikannya dan tidak menanggung kerosakan yang berlaku melainkan berlaku kecuaian atau tindakan tanpa kebenaran. |
resistance to change | tentangan perubahan | Pengurusan | Perancangan | Tindak balas menentang oleh individu atau kumpulan apabila mereka menanggap sesuatu perubahan sebagai ancaman terhadap status quo atau keselesaan mereka. Tindakan ini boleh berlaku dari segi fizikal mahupun fikiran, secara aktif atau pasif. Punca penentangan perlu dikenal pasti dan ditangani kerana penentangan boleh menjejaskan perancangan organisasi. Contoh tentangan perubahan ialah keengganan seseorang pekerja untuk menurut arahan berpindah jabatan daripada majikannya berikutan penstrukturan semula organisasi. |