Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mangsanya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
allocripticalokriptikBiologiEkologiBerkaitan dengan perwarnaan tubuh organisma untuk mengelirukan musuh atau mangsanya. Misalnya, sesetengah krustasea menghiasai diri dengan rumpai laut, sesetengah serangga menutupi diri dengan kapur, pasir dan liken.
criminal-victim relationshiphubungan penjenayah-mangsaKriminologiKeadilan JenayahPerihal hubungan antara penjenayah dengan mangsanya, dalam proses penyiasatan yang bertujuan untuk menentukan motif jenayah. Hubungan ini juga penting dalam proses pengkelasan jenis jenayah.
insect�s poisonracun seranggaBiologiEntomologiBahan yang dikeluarkan oleh serangga untuk membunuh atau melumpuhkan mangsanya, atau dengan kepekatan yang lebih rendah, bahan ini dikeluarkan oleh serangga untuk menjauhkan musuhnya. Bahan ini dikeluarkan sama ada melalui ovipositor, misalnya oleh lebah atau penyengat, atau dengan cara dipancutkan, misalnya oleh semut tertentu. bd. insektisid.
carnivorekarnivorPerikananAkuakulturHaiwan yang memakan daging dan memerlukan makanan yang hidup. Karnivor mempunyai gigi tajam yang membolehkannya menangkap dan mengoyakkan daging mangsanya. Kebiasaannya, karnivor menelan keseluruhan makanan tanpa dikunyah atau dihancurkan terlebih dahulu. Ikan karnivor mempunyai sistem usus yang pendek dan perut yang besar untuk menyimpan ke semua daging yang dimakan. Sistem penghadaman ikan karnivor kurang berupaya untuk menghadamkan sumber tumbuhan. Apabila ikan karnivor memakan sumber tumbuhan, nutrien daripada tumbuhan tersebut tidak dapat diserap seperti ikan jenis herbivor. Contoh ikan karnivor ialah ikan arowana.
adaptationpenyesuaianBiologiEkologiPenggabungan ciri yang diwarisi, yang membolehkan sesuatu spesies atau organisma, hidup dan membiak dalam sesuatu habitat. Misalnya, pepatung disesuaikan untuk menangkap mangsanya dengan menggunakan kakinya yang terbuka semasa terbang.
ant-lionundur-undurBiologiEntomologiLarva serangga bersayap dalam famili Myrmeleontidae dan order Neuroptera. Larva berahang besar ini mengorek lubang ke dalam pasir dan menunggu mangsa, seperti semut dan serangga lain, di dalam lubang dengan rahang terbuka. Larva ini memakan banyak mangsanya sebelum menjadi pupa dan serangga dewasa.
predatorpemangsaPerikananTiadaHaiwan yang memakan haiwan lain untuk hidup. Ikan pemangsa biasanya mempunyai mulut yang besar, rahang yang kuat serta gigi yang tajam. Ikan ini mempunyai tabiat makan secara meragut atau menyentap. Selain itu, ikan ini juga menangkap mangsa dengan cara menyerang hendap atau mengejar mangsanya.

Kembali ke atas