oak gall | manjakani | Herba | Tiada | Puru yang dihasilkan pada pokok mempening (Quercus infectoria) akibat tindak balas pokok terhadap tusukan sejenis tebuan. Puru ini mengandungi bahan kimia tanin, asid galik dan asid elagik yang mempunyai sifat antimikrob dan boleh mengekalkan keanjalan dinding uterus. Manjakani biasanya digunakan untuk rawatan lepas bersalin. |
astrigent | astrigen | Herba | Tiada | Herba yang bertindak setempat untuk menegangkan permukaan kulit dan mengurangkan penyerapan membran sel melalui proses pemendakan protein. Contoh herba ini ialah manjakani. |
leucorrhoea | leukorea | Herba | Pemiawaian | Lendir yang keluar dari saluran serviks atau vagina sama ada berwarna putih atau kekuningan. Ekstrak daun sirih (Piper betle), kacip fatimah (Marantodes pumilum) dan manjakani (Quercus infectoria) digunakan untuk merawat leukorea. |
herbal mixture | campuran herba | Herba | Pemiawaian | Bahan yang mengandungi dua jenis herba atau lebih. Campuran herba biasanya berbentuk serbuk atau potongan kecil daun, batang atau akar herba yang kering seperti campuran kacip fatimah (Marantodes pumilum) dengan manjakani (Quercus infectoria) untuk rawatan selepas bersalin. Campuran herba ini direbus atau diekstrak dengan air untuk dijadikan tonik. |
haemorrhoid | hemoroid/buasir | Herba | Pemiawaian | Keadaan apabila rangkaian vena pada dubur mengembang dan kelihatan berpintal akibat tekanan tinggi yang berterusan pada vena rektum inferior. Contoh herba yang digunakan untuk merawat hemoroid ialah nanas batu (Ananas comosus) dan manjakani (Quercus infectoria). Sinonim buasir. |
calligraphy | kaligrafi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Seni tulisan tangan yang indah, antaranya terdapat dalam tamadun Islam, Roman, Cina, Jepun dan Korea. Kaligrafi Cina dihasilkan dengan menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu haiwan. Kaligrafi Islam dikenali dengan seni khat. Pada zaman tradisi, penulisan kaligrafi Islam menggunakan pena yang mempunyai mata yang lebar dan serong (sama ada kayu atau buluh) dan menggunakan dakwat yang diperbuat daripada kulit buah delima, buah manjakani dan beras. Seni khat Islam terbahagi kepada khat Thuluth, Kufi, Diwani, Nasakh dan al-Riqaah berdasarkan kepada bentuk tulisan. Di Alam Melayu, kaligrafi tradisi dapat dilihat pada surat-surat sultan, kitab-kitab agama dan hikayat Melayu. Batu Bersurat Terengganu (1303 M) dan Batu Bersurat Syeikh Ahmad Majnun (1464 M hingga 1467 M) menggunakan khat Kufi. Sinonim seni khat. |