historic present | kala kini sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Menggunakan 'kala kini' untuk peristiwa masa lalu. |
historical fiction | fiksyen sejarah | Kesusasteraan | Tiada | Genre fiksyen yang memaparkan satu peristiwa di masa lalu sama ada berasaskan realiti atau imaginasi. |
tax loss carryforward | bawa ke hadapan cukai kerugian | Pentadbiran | Tiada | Kerugian yang dialami oleh syarikat pada masa lalu boleh dibawa ke tahun berikutnya untuk diimbangi oleh pendapatan |
historical beta | beta sejarah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Anggaran beta sekuriti yang dikira daripada pulangan sejarah yang mengukur kecerunan garis ciri masa lalu. |
historical analogy | analogi sejarah | Pentadbiran | Tiada | Kaedah ramalan jualan bagi sesuatu keluaran, dan perkhidmatan yang baharu diperkenalkan dalam pasaran berasaskan prestasi atau maklumat jualan masa lalu. |
historical research | kajian sejarah | Pendidikan | Tiada | Pengumpulan data berkaitan kejadian masa lalu secara sistematik. Penilaian objektif dilakukan terhadap data untuk menentukan sebab, kesan dan ikutan yang boleh menjelaskan keadaan semasa atau meramalkan kejadian masa hadapan. |
episodic memory | ingatan episodik | Psikologi | Psikologi Umum | Ingatan tentang sesuatu kejadian atau peristiwa yang berkaitan pengalaman diri seperti sesuatu yang dilakukan, dilihat atau didengar pada masa lalu. Contohnya, peristiwa semasa di sekolah, percutian yang menarik dan balik kampung. Sinonim memori episodik |
Anglo-Chinois style | gaya Cina-Inggeris | Landskap | Tiada | Gubahan atur taman ya ng mempunyai kombinasi taman Inggeris dan taman Cina dan popular di Eropah suatu masa lalu. Lihat juga taman Inggeris dan taman Cina. |
qada’ | menunaikan kewajipan | Perniagaan Islam | Tiada | Pelaksanaan tugas yang sama, sebagai ganti kepada tinggalan tugas tersebut pada masa lalu. Contohnya, pembayaran cukai yang tidak dilaksanakan pada tahun lalu mesti dibayar, walaupun tempoh taksiran telah berlalu. |
environmental forecasting | peramalan alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pengunjuran arah aliran masa hadapan alam sekitar berdasarkan pengalaman masa lalu dan terkini. Peramalan alam sekitar mungkin dilakukan dengan jangkaan pemboleh ubah berkepentingan pada masa hadapan. |