Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Kalau begini rasa padiku,
     Mati pandan kerana bunga;
Kalau begini rasa hatiku,
     Mati badan kerana nasibnya.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Hancur badan dikandung tanah,
     budi baik terkenang juga.

Bermaksud :

Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
uceng matiuceng matiKerisTiadaBentuk ganja seperti anak ikan mati, yang mempunyai bentuk badan yang bulat dan kecil manakala kepalanya runcing.
rigor mortisrigor mortisBiologiFisiologiKeadaan badan yang kaku setelah mati akibat terbentuknya miosin. Keadaan ini kekal sehingga badan tersebut mulai reput.
MossadPolis Rahsia IsraelSains PolitikHubungan AntarabangsaBadan perisikan Israel yang mempunyai kakitangan antara 1500 hingga 2000 orang. Badan ini bertanggungjawab dalam pengumpulan maklumat, aktiviti rahsia dan melakukan serangan balas terhadap keganasan. Perisikannya adalah tertumpu kepada negara dan organisasi Arab di serata dunia. Selain itu, ejen badan perisikan ini juga aktif di negara komunis dan blok barat. Badan ini bertanggungjawab dalam pemindahan sulit pelarian Yahudi keluar dari Syria, Iran dan Ethiopia. Salah seorang pengintip Mossad yang terkenal, iaitu Eli Cohen berjaya menembusi kerajaan Syria dan telah menghantar maklumat perisikan ke Israel selama dua tahun sebelum beliau digantung sampai mati di Dataran Damsyik. Pada tahun 1960, Mossad menculik penjenayah perang Nazi, Adolph Eichmann dari Argentina. Pada tahun 1988, pasukan pembunuh badan ini menawan rumah kediaman dan membunuh Abu Jihad, timbalan Yasser Arafat yang dianggap sebagai perancang utama dalam operasi PLO menentang Israel. Sinonim Mossad
deathkematian; matiPerubatanTiadaKeadaan terhentinya semua fungsi badan yang penting; terhentinya kehidupan.
curetkuretPerubatanTiadaAlat pembedahan untuk membuang tisu mati atau ketumbuhan daripada dinding rongga badan tertentu.
phagocytosisfagositosisPerikananAkuakulturPengepungan dan penghadaman patogen serta serpihan sel, iaitu sel-sel badan atau sel patogen yang telah mati.
mutilationmutilasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan merosakkan tubuh badan seseorang dengan cara memisahkan bahagian tubuh orang tersebut. Perbuatan ini boleh melibatkan mangsa yang sudah mati atau masih hidup. Mutilasi terhadap orang yang dilindungi dan terhadap tawanan perang adalah dilarang oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan pelakunya dianggap sebagai penjenayah perang dan boleh dihukum di bawah undangundang jenayah antarabangsa.
mandatory powerkuasa mandatoriSains PolitikPolitik PerbandinganKuasa yang wajib dilaksanakan setelah diputuskan oleh satu badan berautoriti. Kuasa ini muktamad, tidak boleh dipinda atau dirayu dan tidak memberi sebarang pilihan kepada keputusan yang dibuat. Proses menjalankan kuasa ini akan dilakukan oleh sebuah badan seperti polis, tentera dan jabatan penjara. Contohnya, hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah merupakan hukuman mandatori.
gerrid/ pondskaterayak-ayakBiologiEntomologiSerangga akuatik dalam famili Gerridae yang meluncur di permukaan air dan memakan serangga hidup atau mati yang terjatuh dalam air. Bahagian bawah badan serangga ini diliputi bulu halus hidrofug yang berfungsi untuk memerngkap gelembung udara bagi membolehkannya mengapung dan bergerak dengan pantas. gerid.
epizootic ulcer syndrome (EUS)sindrom ulser epizootik (EUS)PerikananAkuakulturSejenis penyakit ikan yang disebabkan oleh kulat, Aphanomyces invadans yang menjangkiti ikan air tawar dan air payau. Penyakit ini bermula dengan bintik merah pada badan ikan dan berkembang menjadi ulser serta pendarahan di lokasi jangkitan. Pada peringkat akhir jangkitan, tisu mati dapat dilihat.
123

Kembali ke atas