stellar magnetic field | medan magnet najam | Matematik | Tiada | Medan magnet, biasanya lebih kuat daripada medan magnet bumi, pada kebanyakan bintang. |
levitated vehicle | kenderaan terangkat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Kereta api atau kenderaan khas yang bergerak pada halaju tinggi dalam keadaan terangkat dan terapung sedikit di sepanjang landasan akibat tindakan medan magnet. Medan magnet ini dijana oleh kuasa elektrik yang disalurkan di sepanjang landasan. |
magnetic field | medan magnet | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ruang daya magnet yang dapat dirasakan disebabkan terdapatnya aliran muatan bergerak. Medan magnet dapat dihasilkan oleh gerakan elektrik seperti arus elektrik yang mengalir di sepanjang kabel dan memberikan kenaikan pada daya magnetik yang dihubungkan dengan magnet. Medan magnet bumi dipengaruhi tiga faktor, iaitu variasi setempat, perubahan dengan waktu dan hubungan dengan angin dan matahari. |
magnetism | kemagnetan | Teknik | Elektrik | Fenomena yang berkaitan dengan medan magnet dan kesannya terhadap bahan magnet. Lihat juga bahan magnet, medan magnet. |
magnetostrictive effect | kesan magnetostriktif | Fizik | Nanoteknologi | Perubahan dimensi suatu bahan apabila dikenakan medan magnet arus terus. Kesan ini digunakan untuk mengukur medan magnet sekecil 10-9 tesla dengan cara suatu palang tuas mikroelektromekanik (MEMS) disalut dengan bahan yang memberikan kesan magnetostriktif yang menyebabkan tuas tersebut melentur apabila dikenakan medan magnet dan seterusnya mengubah frekuensi resonans. |
galactic magnetic field | medan magnet galaksi | Matematik | Tiada | Sistem medan magnet yang sangat lemah dan kompleks yang diketahui wujud di kawasan antara bintang dalam galaksi Bimasakti. |
interstellar magnetic field | medan magnet antara najam | Matematik | Tiada | Medan magnet yang terdapat di antara bintang yang dipercayai disebabkan oleh pengutuban antara najam dan dengan berdasarkan struktur berfileman arah yang kelihatan pada sesetengah nebula galaksi. |
magnetic field strength | kekuatan medan magnet | Geologi | Tiada | Magnitud medan magnet yang diukur dalam ampere per meter. Simbol : Am-1. |
magnetic field strength | kekuatan medan magnet | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Magnitud medan magnet yang diukur dalam ampere per meter. Simbol: Am-1 |
magnetometer | magnetometer | Geologi | Tiada | Alat untuk mengukur medan magnet bumi dan perubahannya, atau medan magnet batuan tertentu. |