medang | medang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu ringan dalam famili Lauraceae. Tidak kuarang daripada semblan genus dan 45 spesies kayu yang menghasilkan kayu medang, seperti Actinodapne sphaerocarpa, Alseodaphe coriacea, Beilshemiedia insignis, Cryptocarya braceteolata, Dehaasi cuncata, Litsea castanae, Nothaphoebe panduriformis, dan Phoebe declinata. Gubal kayu medang berbeza-beza warnanya daripada kuning jerami hingga hijau kuning muda. Sebahagian daripada gubal kayu ini sukar dibezakan daripada teras kayunya dan sebahagiannya agak mudah. Teras kayunya juga mempunyai warna kecoklatan. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 350 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikerjakan tetapi sukar dikeringkan, dan ketahanan semula jadi yang berbeza-beza mengikut spesies. Kayu samak ini sesuai untuk hisan dalaman, pembuatan perabot dan kabinet, venir, papan lapis, papan panel, dan untuk kerja binaan |
mendaruh | mendaruh | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu dan pokok Ptychopyxis spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah medang asam, medang kelipat dan rambai hutan. Spesies utamanya termasuk Ptychopyxis caputmedusae, P. costata, dan P. kingii. Gubal kayu mendaruh sukar dibezakan daripada teras kayunya, biasanya berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan selaka dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara 675 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. |
Cinnamomum iners | medang teja | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok kecil dalam famili Lauraceae yang dikenali juga sebagai medang kemangi dan kayu manis hutan. Medang teja tumbuh di hutan primer dan sekunder di kawasan tanah pamah hingga bukit. Tumbuhan ini jenis beraroma. Daunnya jenis ringkas, tersusun bertentangan dan mempunyai tiga urat utama yang selari. Jambak bunga keluar dari hujung ranting atau ketiak daun. Buahnya memanjang seperti bujur telur. Air rebusan diminum oleh ibu selepas bersalin, dan untuk merawat demam panas. Daun yang dilumatkan dan disapukan boleh menghilangkan kesan racun sumpitan dan sakit sendi. Kulitnya dikunyah untuk merawat sakit perut dan sembelit. Minyak patinya diekstrak untuk dijadikan perisa gula-gula, kuih dan manisan. Kulit batangnya digunakan untuk menghasilkan ubat nyamuk, colok wangi, gam, cat dan gelas gentian. |
menggambung | menggambung | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Vernonia arborae daripada famili Compositae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah medang lempung dan medang gambung, dan di Sabah ialah tampung-tampung. Gubal kayu mengambung sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning jerami. Tekstur kayunya agak kasar tetapi sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 305 hingga 465 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan |
bat's laural (Pygeum polystachyum) | medang kelawar (Pygeum polystachyum) | Pertanian | Tiada | Tiada |
benzoin oil-fruit (Elaeocarpus stipularis) | buah medang api (Elaeocarpus stipularis) | Pertanian | Tiada | Tiada |
cempaka | cempaka | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu dalam famili Magnoliaceae. Nama lain di Semenanjung termasuk cempaka hutan dan medang limo, dan di Sabah ialah kepayang ambuk. Spesies utama kayu ini termasuk Aromadendron elegans, A. nutans, Elmerilla mollis, Michelia champaca, M. montana, dan Talauma betongensis. Gubal kayu cempaka berwarna putih kuning muda, dan mudah dibezakan daripada coklat muda. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 450 hingga 545 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak ringan dan sederhana keras. Kayu cempaka mudah dikerjakan dan mempunyai kadar kecutan yang agak rendah, tetapi sukar dikeringkan. Kayu ini digunakan untuk hiasan kemasan dalaman, papan panel, perabot, dan lantai. |
mersawa | mersawa | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Anisoptera spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah loh, medang sawa, rengkung, sanai, sepah, petri dan terbak, dan di Sabah ialah pengiran. Spesies utamanya termasuk Anisoptera costata, A. corsiti, dan A. laevis. Gubal kayu mersawa sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya yang berwarna kuning tua dan menjadi gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 515 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini sukar dikerjakan kerana mengandungi silika yang boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, sederhana tahan, dan sukar diawet. Kayu mersawa banyak digunakan dalam pembuatan venir, papan lapis dan perabot, dan kerja binaan sederhana. |
sengkurat | sengkurat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Elaeocarpus spp. daripada famili Elaeocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah sanga burung dan medang; di Sabah ialah kungkurad dan parius-pariu; di Sarawak ialah empedu, perduh, dan sanga. Elaeocarpus apiculatus dan E.obtusus. Gubal kayu sengkurat sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih kekuningan hingga ke coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 465 hingga 785 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, mengering dengan perlahan, kurang tahan dan sukar diawet. Kayu sengkurat digunakan untuk kotak, alas angkut, anak mancis, papan cetak venir, papan lapis. |
biku-biku | biku-biku | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Bhesa spp. daripada famili Celestraceae. Nama lain di Semenanjung termasuk benak dan medang tanduk, dan di Sarawak ialah serunai. Spesies utama kayu ini ialah Bhesa paniculata dan B. robusta. Gubal kayu biku-biku biasanyan berwarna coklat kemerah-merahan. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai purata ketumpatan keringan udara yang bernilai 835 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. |