backgammon table | meja backgammon | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja berukuran 1144 mm persegi yang mempunyai laci di kedua-dua tepi meja untuk permainan backgammon. Meja ini diperkenalkan pada zaman pertengahan dan menjadi terkenal pada abad ke-18. Meja ini terdiri daripada meja dan gabungan bod backgammon yang dilekatkan di atas meja. Kebanyakan meja backgammon diperbuat daripada kayu ash atau mapel. Bahan seperti marmar, kulit atau batu digunakan bagi membentuk pelbagai corak pada meja ini. |
turret box | kotak turet | Teknik | Elektrik | Kotak alat tambah dalam pemasangan pembuluh di permukaan. Kotak jenis ini digunakan dalam pemasangan secara mendatar suis atau soket alur keluar, seperti pada meja-meja makmal. |
meja pukul | meja pukul | Kesenian | Seni Batik | Meja membatik yang permukaannya dilapisi dengan sekam padi, kain guni kemudian kelopak pisang yang dapat menyejukkan lilin yang dipukul. meja terap. |
bachelors chest | meja bujang | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja Inggeris pada kurun ke-18 yang mempunyai daun pintu di bahagian bawah, dan apabila dibuka akan menjadi permukaan atas meja. Selain pintu, meja bujang juga mempunyai laci untuk menyimpan barang. Bahagian atas meja pula sering kali dijadikan sebagai tempat meletakkan buku atau lampu tidur jika diletakkan bersebelahan dengan katil. Biasanya, meja bujang berwarna gelap dan bentuknya direka dengan berimejkan maskulin, walaupun tidak ada peraturan yang mengatakan bahawa meja bujang tidak boleh digunakan oleh orang perempuan. |
drum table | meja dram | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja berbentuk dram yang mempunyai permukaan di atasnya yang boleh berpusing. Meja dram diasaskan daripada reka bentuk meja yang berlaci, berpandukan gaya neoklasik Inggeris. Meja dram juga dikenali sebagai meja kapstan. |
light table | meja cahaya | Landskap | Tiada | Meja khas yang mempunyai permukaan yang diperbuat daripada bahan lut sinar seperti kaca atau plastik dan mempunyai lampu di bawah permukaan meja tersebut. Meja ini digunakan untuk melihat kertas surih , fi lem, slaid dan sebagainya yang diletakkan di atas permukaannya. |
poudreuse | meja bedak | Kesenian | Hiasan Dalaman | Meja yang digunakan untuk berhias pada abad ke-18. Meja ini terdiri daripada meja lipat di bahagian atas dan cermin di bahagian bawahnya. |
meja stensil | meja stensil | Kesenian | Seni Batik | Meja membatik yang besarnya kira-kira 8 kaki x 5 kaki yang digunakan sebagai alas kain yang hendak dicap dengan blok stensil. |
meja terap | meja terap | Kesenian | Seni Batik | lih. meja pukul. |
meja tulis stensil | meja tulis stensil | Kesenian | Seni Batik | Meja membatik yang besarnya kira-kira 8 kaki x 5 kaki (40 kaki persegi) yang mempunyai cahaya di bahagian bawahnya dan digunakan sebagai tempat untuk melukis corak pada stensil yang akan dijadikan blok-stensil. |