Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.hu] | ملاهو

Definisi : Pl berjalan dgn tidak ada tujuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.hu] | ملاهو

Definisi : 1. tidak membuat atau tidak mempunyai apa-apa pekerjaan yg ber­manfaat, menganggur: banyak lagi siswazah yg masih ~ walaupun sudah agak lama lulus universiti; dia risau kerana ~ tidak bekerja; 2. tidak berbuat apa-apa dgn masa yg terluang: duduk ~ selepas makan adalah membosan­kan; 3. (Kej) bergerak perlahan-lahan dgn gear yg neutral (bkn enjin): tiada gegaran atau getaran semasa enjin ~; 4. (Komp) tidak menjalankan sebarang pengendalian atau tugas berfaedah ketika menunggu tindakan pengguna (bkn komputer). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.hu] | ملاهو

Definisi : 1 berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan. 2 (bkn seseorang pekerja) duduk tanpa membuat kerja yg sepatutnya dilakukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
melahu (kata kerja)
Bersinonim dengan melepak, melabang, bersantai, bersidai, berhibur.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fast idle camsesondol melahu cepatKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti berbentuk sesondol dalam karburetor yang bersambung dengan pencekik automatik. Peranti ini bertujuan untuk memegang injap pendikit supaya terbuka sedikit apabila enjin masih berkeadaan sejuk. Sesondol melahu cepat membolehkan enjin melahu pada kelajuan lebih tinggi sehingga enjin mencapai suhu operasi.
idle speedkelajuan melahuKejuruteraan AutomotifEnjinKelajuan dalam unit putaran per minit (rpm) yang ditentukan untuk sesebuah enjin berada dalam keadaan melahu. Dalam keadaan ini, injak pemecut dilepaskan sepenuhnya dan enjin tidak dikenakan sebarang beban. Julat kelajuan yang biasa adalah antara 600 rpm hingga 850 rpm. Nilai sebenar kelajuan melahu ditentukan oleh spesifikasi enjin.
idle limiterpengehad melahuKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti yang mengawal kekayaan maksimum bagi campuran melahu dalam karburetor.
curb idle speedkelajuan melahu kerbKejuruteraan AutomotifEnjinKelajuan enjin dalam keadaan melahu rendah seperti ditentukan oleh syarikat pembuat kenderaan. Kelajuan ini bergantung kepada jenis sistem penghantaran yang dipasang pada kenderaan. Sistem penghantaran manual diukur pada kedudukan neutral, manakala sistem penghantaran automatik diukur pada kedudukan pandu.
idlemelahuMekanikGunaanBekerja tanpa memberi kesan terhadap hasil yang diperoleh daripada kerja keseluruhan. Lihat juga kapi melahu, gear pemelahu.
idle mixturecampuran melahuKejuruteraan AutomotifEnjinCampuran udara-bahan api yang dibekalkan ke enjin semasa dalam keadaan melahu. Campuran ini lebih daripada campuran operasi normal dan juga campuran stokiometrik.
idle mixturecampuran melahuKejuruteraan AutomotifTiadaCampuran udara-bahan api yang dibekal ke dalam kebuk pembakaran semasa enjin melahu.
idle mixturecampuran melahuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaCampuran udara-bahan api yang dibekalkan ke dalam kebuk pembakaran semasa enjin melahu.
idle solenoidsolenoid melahuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPelocok yang beroperasi secara elektrik, yang digunakan untuk menentukan kedudukan awal pendikit pada laju melahu.
idle systemsistem melahuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSaluran di dalam karburetor,yang membolehkan bahan api mengalir melaluinya semasa enjin dalam keadaan melahu.
12345

Kembali ke atas