Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ku.kan] | ملاکوکن

Definisi : 1 menjalankan sesuatu tugas dll; mengadakan (sesuatu perbuatan, tindakan dll); mengerjakan: Mereka masuk ke rumah berhala kerana hendak ~ upacara penyembahan. 2 menjadikan laku; melariskan jualan: Dia ~ barang-barang di kedainya dgn membuat iklan. 3 membuat laku atau perangai (sbg); berperangai; bertabiat: Dia ~ dirinya spt anak raja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,

Peribahasa

Memanjat dedap.

Bermaksud :

Melakukan perbuatan secara nekad.

 

Lihat selanjutnya...(101)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(56)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adversarymusuhSains NuklearKejuruteraan ReaktorIndividu yang melakukan atau cuba untuk melakukan perbuatan berniat jahat.
bound overterikat jaminUndang-undangTiadaApabila seseorang membuat bon atau ikatan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu.
injuctioninjunksiUndang-undangTiadaPerintah atau penghakiman yang menghendaki sesuatu pihak dalam sesuatu tindakan melakukan atau tidak melakukan sesuatu.
sharing of choiceperkongsian pilihanEkonomiEkonomi IslamPersetujuan yang terbentuk apabila pihak yang terlibat mempunyai pilihan melakukan atau tidak melakukan perkongsian dan menerima atau menolak perkongsian. Contohnya, persetujuan berkongsi membeli barang, berkongsi menerima hadiah dan berkongsi menerima harta yang diwasiatkan. Sinonim syarikah ikhtiyar.
home invasiontaklukan kediamanKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan menceroboh kediaman orang lain secara menyalahi undang-undang untuk melakukan atau percubaan untuk melakukan jenayah dengan atau tanpa senjata. Perbuatan ini boleh dilakukan semasa penghuni berada di kediaman atau semasa ketiadaan penghuni.
contractkontrak; kecutKejuruteraanTiada1. Kontrak: Perjanjian yang sah mengikut undang-undang antara dua pihak atau lebih, yang bersetuju untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu urus niaga.,2. Kecut: Menjadi lebih kecil saiznya akibat keadaan yang berlaku pada keadaan luaran.
preservation orderarahan pemuliharaanSosiologiTiadaArahan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada pemilik atau pengguna tanah atau bangunan supaya melakukan atau tidak melakukan sesuatu ke atas tanah atau bangunan berkenaan.
preservation orderperintah pemeliharaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaArahan bertulis yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan kepada pemilik atau pengguna tanah atau bangunan supaya melakukan atau tidak melakukan sesuatu ke atas tanah atau bangunan berkenaan.
عدالةkeadilanAgama IslamFiqhTidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil.
insanity defensepembelaan tak siumanPsikologiPsikologi UmumPengakuan yang sah dari segi undang-undang bahawa seseorang itu tidak dapat membezakan antara perkara yang salah dengan yang tidak salah semasa melakukan jenayah. Individu yang melakukan jenayah ini biasanya mengalami gangguan mental atau kecelaruan psikologi. Di Amerika Syarikat, pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang tidak siuman dianggap sebagai tidak bersalah. Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami masalah psikologi boleh dianggap sebagai tidak siuman. Individu yang mempunyai gangguan delusi yang teruk sahaja boleh dimasukkan dalam kategori tidak siuman. Namun, tidak banyak kes perbicaraan yang melibatkan pembelaan tak siuman. Berdasarkan kajian Phillips, Wolf dan Coons (1988), walaupun khalayak beranggapan kes pembelaan tak siuman ini banyak berlaku dalam kes mahkamah sehingga 37% tetapi data yang dapat dikumpulkan tidak lebih daripada 1%.
12345678910...

Kembali ke atas