naore | sedia semula | Sukan | Tiada | Arahan kembali ke kedudukan sedia selepas melakukan latihan. |
naotte | sedia semula | Sukan | Tiada | Arahan kembali ke kedudukan sedia selepas melakukan latihan. |
resuscitation | resusitasi | Kejururawatan | Tiada | Proses memulihkan kembali seseorang yang mengalami pemberhentian pernafasan dan denyutan jantung dengan melakukan tatacara resusitasi kardiopulmonari. |
revivalism | revivalisme | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan seni bina yang cuba menghidupkan kembali kegemilangan zaman silam. Revivalisme bermula pada abad ke-17 sehingga ke abad-19 apabila ramai arkitek di Eropah melakukan peniruan terhadap seni bina Yunani, Romawi dan Goth. |
rapid traverse | rentas deras | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Pergerakan cepat mekanisme mata perkakas pemotong ke kedudukan benda kerja dan ketika mata perkakas pemotong kembali ke tempat asal. Ketika pergerakan ini berlaku, mata perkakas pemotong tidak melakukan kerja pemotongan. Pergerakan ini berlaku pada mesin pemotongan seperti mesin larik, mesin canai dan mesin kisar. |
advance stroke | lejang mara | Mekanik | Gunaan | Bahagian kitaran mekanisme apabila mekanisme itu berada di bawah tindakan beban. Semasa lejang mara, mekanisme itu bergerak untuk melakukan kerja. bahagian kitaran ini juga dinamai lejang kerja. Lihat juga kembali. |
social isolation | pemencilan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan yang memisahkan diri atau kelompok daripada masyarakat yang lebih besar. Tindakan ini dilakukan sama ada secara sengaja kerana tidak mahu bercampur dengan dunia luar ataupun secara tidak sengaja apabila seseorang atau kelompok itu hidup terpisah dan jauh dari masyarakat. Pemencilan sosial ini akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tekanan sosial yang kuat dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira faktor masyarakat. Contohnya, Robinson Crusoe yang menduduki sebuah pulau seorang diri mengalami pemisahan sosial yang lama sehinggalah beliau kembali ke tempat asalnya. |