Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ri.kan] | ملاريکن

Definisi : 1. membawa lari: dua orang perompak telah ~ wang tunai dr sebuah kedai minyak; 2. memandu atau membawa laju­laju (kenderaan dll), menyebabkan berlari (spt kuda dll): dia ~ skuternya ke pejabat; 3. = ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan, dll), menghilangkan diri: beberapa orang telah ~ diri ke hutan mencari perlindungan; ketika patah perang pd minggu yg lalu, ia telah ~ diri; 4. mengalihkan (pandangan dll): Zaini telah ~ mukanya ke arah lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ri.kan] | ملاريکن

Definisi : 1 membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2 membawa atau memandu (kereta dsb) laju-laju: Dia ditahan kerana ~ keretanya melebihi had laju yg dibenarkan. 3 melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb): Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 4 mengalih (pandangan dll): Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melarikan

Peribahasa

Biar luka di dada,
     jangan luka di belakang.

Bermaksud :

Biar alah sesudah melawan, daripada alah kerana melarikan diri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abductculik; melarikanSejarahTiadaCulik: Perbuatan melarikan sesuatu atau menculik seseorang secara paksa.
abscondmelarikan diriUndang-undangTiadaTiada
abscondmelarikan diriSejarahTiadaPerbuatan menghilangkan diri atau mengundurkan diri secara diam-diam atau rahsia untuk mengelakkan sebarang tindakan undang-undang atau kemungkinan lain.
abductculik; melarikanPerpustakaanTiadaTiada
abductculik; melarikanUndang-undangTiadaTiada
evade (tax)melarikanUndang-undangTiadaTiada
abductionpenculikan; pemelarianPerpustakaanTiadaPerbuatan melarikan atau menculik seorang wanita dengan tujuan dikahwini, digauli atau tujuan lain.,-
deserterpembolosSejarahTiadaOrang yang melarikan diri daripada perkhidmatan tentera.
abductionpemelarianKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan orang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Sinonim penculikan.
abduction-murderculik-bunuhKriminologiKeadilan JenayahTindakan melarikan seseorang dengan cara pemujukan, penipuan atau kekerasan, sama ada dengan kerelaan mangsa atau tanpa kerelaan mangsa, lazimnya ditahan untuk tempoh tertentu. Mangsa akan dibunuh semasa pemelarian atau selepas tempoh pemelarian tersebut.
123

Kembali ke atas