Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.yan] | ملاين

Definisi : 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.yan] | ملاين

Definisi : 1 menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2 mengendahkan atau mempedulikan kritik, rungutan dll: Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3 mengikut kehendak hati (perasaan dll): Lama dia bermenung ~ perasaannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melayan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bartenderpelayan barPentadbiran PerniagaanTiadaOrang yang melayan pelanggan, menyediakan minuman dan kerja-kerja lain di bar.
waiterpramusajiPentadbiran PerniagaanTiadaLelaki yang ditugaskan melayan pelanggan di restoran.
waitresspramusajiPentadbiran PerniagaanTiadaWanita yang ditugaskan melayan pelanggan di restoran.
service systemsistem layananPentadbiran PerniagaanTiadaSistem yang melayan dan menyaji makanan untuk pelanggan.
post office counterkaunter pejabat posPentadbiran PerniagaanTiadaTempat melayan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan di pejabat pos.
post office windowkaunter pejabat posPentadbiran PerniagaanTiadaTempat melayan pelanggan yang memerlukan perkhidmatan di pejabat pos.
serverpelayanPentadbiranTiada2. Pelayan: Orang atau mesin yang melayan pelanggan dalam sistem giliran.
entertaining spaceruang layanLandskapTiadaBahagian luar rumah yang digunakan sebagai tempat melayan tetamu.
patio houserumah patioLandskapTiadaSatu ruang yang dibina di tepi rumah bertujuan sebagai tempat istirahat dan melayan tetamu. Ruang ini mempunyai bumbung yang lebih rendah daripada bum bung rumah asal.
degrading treatmentperlakuan merendahkanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaLayanan buruk yang tidak memenuhi kriteria penderaan, sama ada secara fizikal atau psikologi, perbuatan atau peninggalan yang bertentangan dengan nilai kehormatan dan maruah manusia. Tindakan melayan manusia seolaholah seekor haiwan, contohnya memukul manusia seperti memukul haiwan, menggiring sekumpulan manusia seperti menggiring sekumpulan haiwan, memakan daging manusia, menyeret mayat atau melayan manusia seperti zat yang tidak mempunyai bahasa, akal atau kefahaman. Perlakuan merendahkan juga termasuklah penderaan seksual.
12

Kembali ke atas