Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lem.but.kan] | ملمبوتکن

Definisi : 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lem.but.kan] | ملمبوتکن

Definisi : 1 menjadikan lembut; melembikkan: Air hujan ~ tanah dan ini akan memudahkan kerja membajak. 2 melemahkan (hati dll): Tidak seorang pun yg dpt ~ hati orang tua itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembut (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk,
Berantonim dengan keras

2. Dalam konteks perangai
bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok,
Berantonim dengan kasar

3. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak,
Berantonim dengan keras

Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plasticizememplastikkanKejuruteraanTiadaMelembutkan bahan untuk menjadikannya plastik atau boleh acu, dengan menambahkan pemplastik atau dengan menggunakan haba.
penitikanpenitikanKesenianTiadaProses melembutkan daun pandan dengan cara menitik atau memukulnya dengan kayu belantan.
agenepenuaanPentadbiran PerniagaanTiadaProses melembutkan daging yang merupakan kesan enzim ke atas perantara daging.
macerationpemaseratan/maserasiPerubatanTiadaProses melembutkan pepejal dengan merendam atau membasahkannya dengan cecair.
emollientemolienHerbaTiadaAgen yang melembutkan dan menyamankan permukaan kulit yang digunakan secara setempat pada membran mukus dan tisu terlelas. Emolien mengandungi bahan lemak atau minyak. Contoh emolien ialah minyak jarak dara atau minyak kelapa.
papainpapainPerubatanTiadayang digunakan untuk melembutkan daging dan sebagai ubat penghadaman.
agingpenuaanPentadbiran PerniagaanTiada2. Proses melembutkan daging hasil daripada kesan enzim ke atas tisu perantara daging.
macerationpemaseratanMakanan dan PemakananMakananKaedah melembutkan atau menghancurkan makanan dengan menggunakan cecair seperti larutan berperisa, gula atau alkohol. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mentah, kering atau diawet selalunya dimaseratkan dan makanan ini akan menyerap perisa cecair tersebut. Gula atau garam ditabur di atas buah-buahan segar yang lembut seperti strawberi atau raspberi, supaya buah-buahan tersebut mengeluarkan jusnya sendiri. Proses ini akan membuatkan makanan tersebut lebih berperisa dan mudah untuk dikunyah dan dihadamkan.
emollientemolienHerbaFitoterapiBahan yang berupaya melembutkan dan menambahkan keselesaan kulit seperti krim pelembut.
agingpenuaan; pengumuranPentadbiran PerniagaanTiada2. Proses melembutkan daging hasil daripada kesan enzim ke atas tisu perantara daging.
123456

Kembali ke atas