sofar (sound fixing and ranging) | sofar | Fizik | Akustik | Sistem untuk menentukan kedudukan objek di lautan dengan meletupkan bahan api di dalam air dan mengukur masa pergerakan gelombang kejutan di dalam air di tiga tempat di daratan. |
istihlak | merosakkan keseluruhan | Perniagaan Islam | Tiada | Pembinasaan terhadap barangan perniagaan milik individu lain yang menyebabkan keseluruhan barangan tersebut tidak dapat digunakan lagi. Contohnya, meletupkan kenderaan, meruntuhkan bangunan atau memecahkan cermin. |
murder victim concealment | penyembunyian mangsa bunuh | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan seseorang yang menyembunyikan mangsa bunuh bagi melupuskan bahan bukti dan mengelakkan liabiliti jenayah. Antara cara yang digunakan adalah dengan cara menyorokkan, menanam, membakar dan meletupkan mangsa. |
terrorism | terorisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan di luar batas perlembagaan oleh sesebuah kumpulan bagi mencapai sesuatu objektif politik yang dilakukan secara sistematik untuk menimbulkan rasa cemas dan takut orang ramai. Tindakan ini dilakukan tanpa perikemanusiaan seperti meletupkan bom di khalayak ramai, dalam bangunan atau memusnahkan binaan yang penting. Tindakan ini sebenarnya ditujukan kepada pihak tertentu seperti kerajaan atau organisasi. Walaupun begitu, orang ramai yang tidak bersalah turut menjadi mangsa. Keganasan biasanya dilakukan oleh kelompok politik beraliran kanan atau kiri, gerakan perkauman, keagamaan, nasionalis, revolusioner atau agensi pemerintah seperti yang dilakukan oleh pemerintah sendiri, perisik atau tentera. Sinonim keganasan. |
civil authority clause | fasal autoriti awam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal polisi kebakaran yang menyatakan bahawa insured adalah dilindungi daripada kerosakan akibat tindakan ahli bomba, polis atau pihak berkuasa awam dalam usaha mereka untuk mengawal kebakaran. Contoh: dalam kebakaran yang besar didapati adalah perlu untuk meletupkan keseluruhan bangunan bagi mengelakkan kebakaran yang lebih besar. |
terrorism | keganasan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan yang dilakukan dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan badan yang serius kepada orang awam atau mana-mana pihak yang tidak mengambil bahagian dalam sesuatu permusuhan apabila tujuan tersebut adalah untuk menakut-nakutkan populasi, atau memaksa sesebuah kerajaan atau pertubuhan antarabangsa untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Takrifan ini terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa bagi Pencegahan Pembiayaan Keganasan 1999. Keganasan boleh dilakukan oleh individu persendirian atau negara. Walau bagaimanapun, keganasan biasanya dilakukan bagi tujuan politik atau ideologi tetapi bukan untuk tujuan persendirian. Contoh keganasan ialah tindakan meletupkan objek awam, merampas kapal terbang, mengambil tebusan atau perbuatan menculik. |
International Court of Justice (ICJ) | Mahkamah Pengadilan Antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Mahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan terdiri daripada 15 orang hakim yang dilantik oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan PBB. Mahkamah ini merupakan sebahagian daripada PBB dan berfungsi sebagai badan pengadilan bagi negara yang terlibat dalam konflik tertentu dan bersetuju untuk diadili oleh badan ini. Mahkamah ini memutuskan sesuatu keputusan keadilan berdasarkan undang-undang antarabangsa. Di samping itu, badan ini juga memberi nasihat kepada institusi lain dalam PBB. Kes pertama yang pernah dirujuk kepada mahkamah ini ialah kes Terusan Corfu pada tahun 1946 yang melibatkan negara United Kingdom dan Albania. Dalam kes ini, mahkamah ini memutuskan United Kingdom telah melanggar kedaulatan Albania kerana membersihkan periuk api di terusan Corfu, yang dipercayai telah dipasang dengan pengetahuan Albania dan meletupkan dua kapal pemusnah milik United Kingdom semasa melayari terusan tersebut. Mahkamah ini juga menetapkan jumlah kerugian yang perlu dibayar oleh Albania kepada United Kingdom. Sino |