window shopping | tinjau kedai | Kesenian | Tiada | Mengunjungi atau melihat-lihat pakaian atau perhiasan di kedai. |
webroomer | peninjau bilik pameran maya | Umum | Tiada | Pembeli yang melihat-lihat produk yang ingin dibeli di kedai dalam talian, tetapi membeli produk tersebut di kedai fizikal. |
showrooming | tinjau bilik pameran | Umum | Tiada | Amalan mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian. |
showroomer | peninjau bilik pameran | Umum | Tiada | Pembeli yang mengunjungi kedai fizikal untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai dalam talian. |
webrooming | tinjau bilik pameran maya | Umum | Tiada | Amalan mengunjungi kedai dalam talian untuk melihat-lihat produk yang ingin dibeli, tetapi membeli produk tersebut di kedai fizikal. |
browse | layar | Teknologi Maklumat | Tiada | Proses melihat laman-laman web dalam Internet dengan menggunakan pengimbas Internet dan mengklik pelbagai pautan hiper. Dalam keadaan ini pengguna melihat-lihat dan berinteraksi dengan maklumat yang dipapar pada skrin. |
cross-reference | rujukan silang | Perpustakaan | Tiada | Dalam pengindeksan dan pengkatalogan terdapat arah hala yang menggunakan kata 'lihat-' dan 'lihat juga-' untuk mencari butiran yang berkaitan dengan subjek yang dicari, atau untuk melihat butiran lain pada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan subjek yang dikehendaki. |
subjective camera | kamera subjektif | Komunikasi | Tiada | Kamera yang membuat tangkapan melalui sudut pandangan watak, seolah-olah kamera mewakili watak dalam melihat subjeknya. Lihat juga: tangkap sudut pandangan. |
mirror shutter | pengatup cermin | Komunikasi | Tiada | Pengatup kamera yang mempunyai kemudahan cermin untuk membalikkan imej bagi memudahkan jurukamera melihat imej yang dirakamkan. Lihat juga: pemidang tilik. |
viewing time | masa lihat | Sosiologi | Tiada | Masa yang diberi untuk melihat maklumat pada skrin. |