lobbying | melobi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Cubaan individu atau golongan pendesak mempengaruhi keputusan kerajaan sama ada secara memujuk anggota dewan perundangan, kabinet atau pihak tertentu yang membuat keputusan. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti desakan secara langsung, pembujukan kepada wakil rakyat atau menteri, menulis surat, membangkitkan isu tersebut di akhbar, menelefon pegawai yang terlibat dan penggunaan wang supaya desakan mereka diterima. Istilah melobi bermula daripada amalan pembujukan yang dilakukan di bahagian lobi atau ruang anjung dewan sehingga namanya ini kekal digunakan untuk menjelaskan maksud tersebut. Di Amerika Syarikat, golongan pendesak tertentu melaksanakan kajian terperinci mengenai sesuatu isu dan kemudian mendedahkan hasil kajian dan kesan jangka panjangnya kepada wakil rakyat, dan ini boleh mempengaruhi beliau dalam menggubal keputusan. |
lobbying | melobi | Geografi | Tiada | Tiada |
lobbying | melobi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tiada |
elevator pitch | melobi singkat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
grey lobby | pelobi warga tua | Gerontologi | Tiada | Individu atau kumpulan orang yang melobi pihak tertentu untuk kepentingan warga tua. |
referendum initiative | inisiatif referendum | Sains Politik | Politik Perbandingan | Usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa atau pihak bebas untuk mengadakan satu referendum bagi menetapkan sesuatu keputusan. Inisiatif ini boleh bersifat gesaan, menyerah surat, memo kepada pihak berkenaan, melobi di dewan perundangan atau di peringkat antarabangsa. Melalui referendum yang dilaksanakan, golongan yang mengambil inisiatif ini mengharapkan keputusan yang dibuat akan menguntungkan mereka. Contohnya, pemimpin pertubuhan Gerakan Acheh Merdeka telah membuat inisiatif referendum supaya usaha diadakan bagi memutuskan kedudukan wilayah tersebut dalam negara Indonesia. |
non violence | tanpa kekerasan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan politik yang dibuat tanpa melibatkan sebarang keganasan. Gerakan ini percaya kepada satu penyelesaian atau persaingan yang adil dan bebas. Kaedah yang biasa digunakan ialah secara aman seperti terlibat dalam pilihan raya, menuntut sesuatu secara melobi, menggunakan media, kaedah rundingan dan tawar-menawar. Penggunaan keganasan dianggap terkeluar daripada peraturan permainan yang diterima. Contohnya, Mahatma Gandhi merupakan tokoh yang berjuang dengan menggunakan cara ini yang dikenali sebagai satyagraha atau tanpa keganasan tetapi berterusan. |
participatory democracy | demokrasi penyertaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang menggambarkan penyertaan awam yang tinggi dalam politik. Parti politik, goIongan pendesak, media, pelajar dan individu amnya bergiat aktif, sensitif dan peka terhadap pemerintahan negara. Mereka bersaing dalam mempengaruhi dasar dengan melakukan tindakan seperti melobi, mendesak, menggunakan media, menulis surat kepada wakil rakyat atau pejabat kerajaan, menganjurkan piket atau demonstrasi secara aman dan pelbagai tindakan lain dalam memperjuangkan hak dan memelihara kepentingan mereka. Pemerintah dalam negara ini memberi ruang yang luas kepada orang ramai untuk bergiat dalam semua aktiviti. Dalam sistem ini, undang-undang dan agensi pemerintah tidak meletakkan sekatan yang tinggi kepada orang ramai. Contoh negara yang mengamalkan demokrasi penyertaan ialah United Kingdom. |
advocacy approach | pendekatan pembelaan | Pengurusan | Perancangan | Aktiviti atau tindakan seseorang atau kumpulan untuk mempengaruhi sesuatu keputusan dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan sama ada melalui cara politik, ekonomi, media mahupun pengaruh sosial. Tindakan ini dilakukan untuk memenuhi kepentingan diri atau kumpulan yang disokong. Contohnya, syarikat yang melobi pihak berkuasa untuk menghalang usul perundangan yang boleh menjejaskan prestasi syarikatnya. |
organizational politic | politik organisasi | Pengurusan | Perancangan | Aktiviti yang membabitkan penggunaan pengaruh peribadi dalam usaha untuk mencapai kepentingan diri sendiri dan kepentingan jabatan. Politik organisasi lazimnya berpunca daripada faktor-faktor seperti kekurangan sumber, kekangan masa, ketidakadilan, persaingan dan juga motivasi peribadi seseorang individu. Contohnya, seorang pengurus pengeluaran yang melobi dan mempengaruhi pengurus kewangan untuk mendapatkan peruntukan yang lebih tinggi bagi projek pembangunan produk. |