Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.long.gar.kan] | ملوڠݢرکن

Definisi : 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.long.gar.kan] | ملوڠݢرکن

Definisi : 1 menjadikan longgar atau menjadikan tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku dll): Dia ~ ikat pinggangnya kerana terlalu kenyang. 2 memudahkan syarat atau cara pembayaran; meringankan peraturan, undang-undang dll: Pihak majikan telah ~ syarat-syarat kenaikan pangkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
longgar (adjektif)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan lapang, besar, luas, selesa, lega, gedoboh, berjabir-jabir, terharak-harak, loloh, kedodoran,
Berantonim dengan ketat

2. Dalam konteks skru, paku,
bersinonim dengan cupul, galir, dol, perlus, perlup, loncer, mudah tercabut,
Berantonim dengan ketat

3. Dalam konteks persahabatan
bersinonim dengan tidak erat, tidak karib, tidak teguh, tidak rapat, renggang, berjauhan,
Berantonim dengan erat

Kata Terbitan : melonggarkan, kelonggaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pile extractormesin cabut cerucukKejuruteraanTiada1. Tukul cerucuk yang memukul cerucuk ke atas untuk melonggarkan cengkamannya dan mencabutnya dari bumi.,2. Tukul bergetar yang melonggarkan cerucuk dengan pengegaran frekuensi tinggi.
pile extractorpencabut cerucukKejuruteraanKejuruteraan Mekanik1. Alat yang digunakan untuk menukul cerucuk menghala ke atas bagi melonggarkan genggaman cerucuk dan mengeluarkan cerucuk dari bumi. Cerucuk dihentam dengan penukul menghala ke atas pada kepala cerucuk. 2. Penukul bergetar yang boleh melonggarkan genggaman tanah pada cerucuk dengan menggunakan getaran bergelombang tinggi.
hysterolysishisterolisisPerubatanTiadaPembedahan untuk melonggarkan uterus daripada pelekatan dan perekatannya.
back offundur balikKejuruteraanPetroleumMelonggarkan penyambung paip atau alat yang berbentuk paip.
keratolytickeratolitikPerubatanTiadaBerkaitan atau yang menyebabkan keratolisis, iaitu melonggarkan keratin dan memudahkan proses deskuamasi.
breakout tongspenyepit putar balikKejuruteraanPetroleumAlat yang digunakan untuk melonggarkan penyambung paip, terutama untuk membuka sambungan paip gerudi ketika membuat trip keluar.
hoekeri; cangkul; tajakPertanianTiadaAlat untuk menggali, mengawal rumpai dan melonggarkan tanah.
keratolytickeratolitikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan keratolisis atau yang menyebabkan keratolisis, iaitu melonggarkan keratin dan memudahkan proses deskuamasi lapisan epidermis. 2. Agen yang mengga1akkan keratolisis.
rod back-off wheelroda undur balik rodKejuruteraanPetroleumPeranti yang digunakan untuk melonggarkan serta menanggalkan rod pada sistem pengepaman rod penyedut apabila pam tersebut tersendat, terhenti atau apabila telaga tidak mungkin berpengeluaran lagi disebabkan kehabisan rezab minyak.
steamwapHerbaFitoterapiKaedah pengubatan untuk menambahkan kehangatan dan kelembapan yang dapat membantu melonggarkan lendir di dalam saluran udara dan paru-paru. Wap dapat melegakan dan memudahkan pernafasan dengan segera.
123

Kembali ke atas