mortgage takaful | takaful gadai janji | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pelan takaful keluarga yang menyediakan pampasan untuk melunaskan baki pembiayaan perumahan sekiranya peserta meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal. Caruman untuk pelan takaful ini hanya dibuat sekali sahaja oleh peserta, iaitu semasa mengambil pembiayaan perumahan. Jumlah caruman bergantung pada umur peserta, jumlah pembiayaan, kadar keuntungan dan tempoh pembiayaan. Jika peserta melunaskan pembiayaan perumahan lebih awal, maka peserta layak mendapat semula carumannya merangkumi tempoh takaful yang belum lupus tersebut. |
pawn item selling | penjualan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses menjual barang gadaian untuk melunaskan pinjaman. Tindakan ini boleh dilakukan sama ada oleh penggadai atau wakilnya, pegadai atau wakilnya, atau hakim atas perintah mahkamah. Penjualan barang gadaian boleh dilakukan secara jualan gadaian sukarela atau jualan gadaian paksa. |
workation | cuti sambil kerja | Pentadbiran | Tiada | Perihal tentang cuti di sesuatu tempat di luar pejabat tetapi dalam masa yang sama turut melunaskan kerja. |
self-supporting debt securities | sekuriti hutang swasokong | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang diterbitkan untuk membiayai projek yang menjanakan pendapatan yang mencukupi untuk melunaskan faedah dan pokok pada tarikh matang. |
ada’ | melaksana | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal menunaikan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh syarak pada waktu yang telah ditentukan. Tanggungjawab yang wajib ditunaikan seperti melunaskan hutang, membayar harga produk yang dibeli, membayar sewa atau melaksanakan perkhidmatan yang dipersetujui. |
mortgage | gadai janji | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen kewangan yang ditawarkan oleh bank kepada peminjam dan peminjam memberikan harta sebagai cagaran. Sekiranya peminjam tidak dapat melunaskan pinjamannya, maka bank akan menjual harta tersebut untuk melangsaikan bahagian pinjaman yang belum dibayar. Perbezaan antara hasil jualan dengan pinjaman yang belum dibayar akan dikembalikan kepada peminjam. Gadai janji ini biasanya menjadi syarat dalam akad bai‘ bithaman ajil dan akad murabahah. |
pawned item ownership | pengehakmilikan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses mengambil barang gadaian sebagai hak milik. Pengambilan hak milik boleh dilakukan oleh pegadai apabila penggadai gagal melunaskan pinjamannya setelah tamat tempoh. Mengikut jumhur ulama, gadaian ini menjadi fasid sekiranya pengambilan hak milik ini dinyatakan dalam akad gadaian. Pengehakmilikan oleh pegadai hanya sah selepas tamat tempoh tertentu notis peringatan terakhir penebusan dihantar kepada penggadai. |
fikak | penebusan | Perniagaan Islam | Tiada | Pembayaran untuk mendapatkan kembali sesuatu barangan. Contohnya, dalam kes gadaian, penggadai menebus barang miliknya yang telah digadai kepada penerima gadaian dengan membuat pembayaran bagi melunaskan hutangnya. |
lumpsum pawn redeemtion | penebusan gadaian sekali gus | Ekonomi | Ekonomi Islam | Proses pengambilan semula barang gadaian oleh penggadai dengan cara membuat pembayaran sekali gus pada akhir tempoh matang gadaian. Penebusan dilakukan dengan melunaskan pinjaman serta membayar semua upah simpan dengan sekali bayaran sahaja. |
prompt payment | pencepatan bayaran hutang | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pengurangan jumlah bayaran hutang yang disebabkan oleh pembayaran hutang yang dilakukan lebih awal daripada tempoh ditetapkan. Pengurangan ini diberikan sebagai galakan supaya individu yang berhutang melunaskan hutangnya secepat mungkin. Tindakan ini membolehkan pemberi hutang mendapatkan semula wangnya lebih awal manakala individu yang berhutang pula mendapat pengurangan jumlah bayaran balik hutang. Jumlah pengurangan atau potongan boleh dimasukkan dalam dokumen perundangan utama bagi transaksi hutang Islam di bawah klausa ibra’. |