licence bond | bon lesen | insurans | Tiada | Bon yang menjamin bahawa seseorang yang telah diberikan lesen akan mematuhi undang-undang dan ordinan berkaitan dengan pemberian lesen. |
environmental policy | dasar alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Komitmen organisasi dan kerajaan untuk mematuhi undang-undang, peraturan, dan mekanisme yang berkaitan dengan isu alam sekitar. |
licence bond | bon lesen | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang menjamin bahawa seseorang yang telah diberikan lesen akan mematuhi undang-undang dan ordinan berkaitan dengan pemberian lesen. |
preventive discpline | disiplin cegah | Pentadbiran | Tiada | Tindakan yang diambil untuk menggalakkan pekerja mematuhi undang-undang organisasi supaya pelanggaran undang-undang dapat dicegah. |
International Committee of the Red Cross (ICRC) | Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menjaga undang-undang kemanusiaan antarabangsa dengan memantau tindakan ketenteraan oleh pihak yang bermusuhan agar mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Jawatankuasa ini menjalankan aktivitinya berasaskan empat Konvensyen Geneva 1949 dan dua Protokol Tambahan 1977. Konvensyen dan protokol tambahan tersebut memberi hak kepada ICRC untuk menjalankan aktivitinya seperti memberi bantuan kepada tentera yang cedera atau sakit semasa berlakunya konflik bersenjata, melawat tawanan perang, menolong orang awam dan memastikan mereka yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa diberi layanan sewajarnya. |
neutralisation theory | teori neutralisasi | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Teori kriminologi yang dikemukakan oleh David Cressey, Gresham Sykes dan David Matza yang menerangkan tentang delinkuen yang lazimnya menerima tingkah laku moral yang umum serta mematuhi undang-undang, tetapi pada situasi tertentu mereka boleh bersikap antisosial atau perlakuan melencong dengan menangkis rasa bersalah dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti menyalahkan mangsa atau keadaan. Kaedah-kaedah tersebut membolehkan pelaku menganggap tingkah laku tersebut diterima secara moral buat dirinya sahaja. Pelaku biasanya berolak-alik antara norma kesusilaan yang lazim dengan sikap yang menjurus kepada jenayah. |
natural person | orang sebenar | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Manusia, iaitu yang meliputi individu atau kumpulan individu yang mempunyai hak dan kewajipan dalam sesuatu sistem undang-undang. Contohnya, dalam undang-undang nasional, seseorang individu mempunyai hak untuk hidup dan kewajipan untuk mematuhi undang-undang. Sekiranya individu itu dicederakan oleh orang lain, individu tersebut boleh membuat tuntutan saman di mahkamah. Orang sebenar dalam masa yang sama boleh berfungsi sebagai orang perundangan dalam sistem undang-undang nasional, tetapi tidak dalam sistem undang-undang antarabangsa. Hal ini bermakna, orang sebenar bukan merupakan orang perundangan antarabangsa dan juga bukan merupakan subjek undang-undang antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh orang sebenar tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau membuat triti antarabangsa dengan mana-mana negara. Hanya negara sahaja yang boleh membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan membuat triti antarabangsa. Selain itu, pertubuhan antarabangsa juga |
computer cracker | perekah komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Istilah yang merujuk kepada individu yang masuk ke dalam sistem komputer tanpa kebenaran dan melakukan aktiviti jenayah siber seperti mencuri, mengubah atau memadamkan maklumat, merosakkan komputer dan sebagainya. Istilah ini diperkenalkan oleh kumpulan penggodam yang menganggap penggodam adalah mereka yang mematuhi undang-undang, manakala perekah komputer adalah mereka yang melanggar undang-undang. Banding penggodam komputer. |
computer cracker | perekah komputer | Teknologi Maklumat | Tiada | Istilah yang merujuk kepada individu yang masuk ke dalam sistem komputer tanpa kebenaran dan melakukan aktiviti jenayah siber seperti mencuri, mengubah atau memadamkan maklumat, merosakkan komputer dan sebagainya. Istilah ini diperkenalkan oleh kumpulan penggodam yang menganggap penggodam adalah mereka yang mematuhi undang-undang, manakala perekah komputer adalah mereka yang melanggar undang-undang. Banding penggodam komputer. |
constitutional monarchy | negara raja berperlembagaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem kerajaan yang meletakkan kuasa raja atau monarki tertakluk kepada perlembagaan. Dalam sistem ini, raja tidak memiliki kuasa mutlak dan dihadkan serta tertumpu kepada urusan tertentu sahaja seperti menjadi ketua agama, adat istiadat dan bersifat keraian. Dalam menjalankan tanggungjawabnya, raja terlebih dahulu perlu mendapat nasihat daripada Perdana Menteri atau menteri. Dalam konteks sosial pula, raja perlu mematuhi undang-undang dan boleh dihukum sekiranya melanggar peraturan. Contohnya, Malaysia, Thailand, Jepun dan Denmark. |