tintometer | tintometer | Fizik | Optik | Alat yang digunakan untuk menganggar keamatan larutan berwarna secara membandingkannya dengan larutan-larutan piawai atau slaid kaca berwarna. |
comparison test | ujian bandingan | Matematik | Tiada | Kaedah menentukan sesuatu siri menumpukan atau tidak dengan membandingkannya dengan siri lain yang sudah diketahui ketumpuannya. |
colorimeter | kolorimeter | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Alat untuk mengukur warna seperti warna sesuatu bahan secara membandingkannya dengan warna standard. |
drag diameter | garis pusat seret | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Garis pusat atau saiz serbuk yang ditentukan secara membandingkannya dengan saiz sfera yang mempunyai daya seret yang serupa. |
Stokes diameter | garis pusat Stokes | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Garis pusat atau saiz serbuk yang ditentukan secara membandingkannya dengan saiz sfera yang mempunyai halaju terminal yang serupa dalam rejim aliran lamina. |
parable play | lakon teladan | Kesenian | Drama dan Teater | Drama alegori yang menggunakan kisah lain supaya penonton membandingkannya dengan kisah sebenar. Drama ini diolah atas kekuatan memikat penonton dan menarik simpati. Lakon teladan yang berkesan biasanya dipersembahkan dalam bentuk drama sebabak. |
free fall diameter | garis pusat jatuh bebas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Garis pusat atau saiz serbuk yang ditentukan secara membandingkannya dengan saiz sfera yang mempunyai halaju terminal yang serupa. |
genotyping | pengenotipan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Proses menentukan perbezaan dalam tokokan genetik individu dengan memeriksa jujukan DNA menggunakan asai biologi dan membandingkannya dengan jujukan DNA individu lain atau jujukan rujukan. Proses ini memperlihatkan alel yang diwarisi daripada induk. |
resistance bridge | titi rintangan | Kejuruteraan | Tiada | Litar titi empat lengan, dengan semua lengan berintangan, digunakan untuk mengukur rintangan elektrik bagi perintang, secara membandingkannya dengna rintangan piawai yang diketahui. Sinonim: titi Wheatstone; rangkaian Wheatstone. |
Wheatstone bridge | tetimbang Wheatstone | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Tetimbang empat lengan dengan kesemua lengan berupa perintang dan digunakan untuk mengukur rintangan elektrik yang tidak diketahui dengan membandingkannya dengan rintangan piawai. |