Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bang.kang] | ممبڠکڠ

Definisi : membantah, menyanggah, menentang: pekerja-pekerja ~ majikan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bang.kang] | ممبڠکڠ

Definisi : mengatakan tidak setuju dgn; membantah: Kaum-kaum lain di Malaysia tidak ~ bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi sesudah tahun 1967. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membangkang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
non-violencetanpa kekerasanSains PolitikHubungan AntarabangsaStrategi politik yang digunakan oleh pihak tertentu bertujuan untuk membangkang penggunaan kekerasan oleh kerajaan. Strategi ini biasanya melibatkan demonstrasi atau tunjuk perasaan secara aman. Mahatma Gandhi terkenal dengan strategi tanpa kekerasan dalam pergerakan kebangsaan India. Ramai ahli politik mendapat inspirasi daripada perjuangan Gandhi dan menggunakan cara tanpa kekerasan dalam bangkangan politik mereka.
groupthinkfikir kelompokPsikologiPsikologi UmumKecenderungan yang tinggi untuk berfikir secara serupa dan mengenepikan perbezaan. Menurut Janis (1982, 1989), fikir kelompok berlaku apabila satu-satu kelompok memerlukan perakuran yang tinggi sehingga menjejaskan ahli-ahlinya untuk membuat satu kesimpulan yang bijaksana. Terdapat beberapa gejala yang boleh muncul daripada fenomena fikir kelompok ini. Pertama, wujudnya ilusi kekebalan yang menyebabkan kelompok merasakan bahawa mereka tidak akan melakukan kesalahan 100% dalam membuat sesuatu keputusan. Kedua, penapisan diri yang membuatkan individu yang berbeza pendapat mendiamkan diri untuk mengelakkan dirinya dianggap sebagai kaki gaduh, penentang arus atau ditertawakan. Ketiga, tekanan yang dikenakan terhadap pembangkang membuatkan ahlinya terpaksa mengikut arus. Tindakan ketua atau ahli kelompok yang melemahkan semangat untuk membangkang boleh mewujudkan ilusi konsensus.

Kembali ke atas