Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.zir.kan] | ممبذيرکن

Definisi : menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan sehingga terbuang, memboroskan, membuang-buang: jangan ~ air dlm musim kemarau; ~ masa dan tenaga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.zir.kan] | ممبذيرکن

Definisi : menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan dan sia-sia; memboroskan: Mengusahakan sesuatu projek tanpa perancangan hanya akan ~ wang dan tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membazirkan

Peribahasa

566

Sweep your own doorstep clean

Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul.

Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh

''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said

''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Pacak mencerca biduk orang, biduk sendiri tak terkayuh,'' kataku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bark allowancehad torehanPertanianAgronomi

Lebar kulit pokok getah yang dibenarkan untuk ditoreh dalam beberapa pusingan torehan pada satu jangka waktu. Contohnya, dalam satu bulan penoreh dihadkan menoreh 2.5 cm kulit sekiranya pokok ditoreh selang sehari. Penorehan yang melebihi had torehan akan membazirkan penggunaan kulit pokok.

furkerakKimiaTiadaEndapan yang terjadi di dalam cerek, dandang, paip air dan lain-lain yang terdiri daripada kalsium karbonat, CaCO3, magnesium karbonat, MgCO3, dan kadangkala ferum(II) karbonat, FeCO3. Kerak ini terbentuk daripada pemanasan kalsium, mangnesium, dan ferum hidrogen karbonat yang larut di dalam air liat sementara. Kerak tidak merupakan pengalir haba yang baik dan akan membazirkan bahan api jika tidak dibuang.

Kembali ke atas