Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1. membunuh diri utk ikut mati: bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yg telah ~ kematian suami mereka;2. membalas membunuh dll: mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka; 3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan: aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin spt aku; jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini; tradisi ~ rakyat; ~ diri mempertahankan diri (drpd tuduhan, dakwaan, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1 membunuh diri utk mati bersama orang yg dikasihi, spt suami. 2 membalas kejahatan orang (spt membunuh): Mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka. 3 mempertahankan seseorang supaya tidak dijatuhi hukuman oleh mahkamah; melindungi: Tidak ada seorang peguam pun yg sanggup ~ pembunuh itu di mahkamah nanti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.la] | ممبلا

Definisi : 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membela

Puisi
 

Kalau membela ayam selasih,
     Berilah makan beras melukut;
Merajuk pada yang kasih,
     Marah pada yang takut.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tunggang hilang berani mati.

Bermaksud :

Tiada gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela bangsa dan negara.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
American LegionLegion AmerikaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi bekas pejuang perang dunia Amerika Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 1919. Tujuan umumnya adalah untuk membela tatacara hidup Amerika Syarikat, iaitu menentang pengaruh komunisme dan membina semangat nasionalisme yang kuat. Secara khusus pula, organisasi ini berperanan membela veteran perang Amerika Syarikat.
leave to defendkebenaran membelaUndang-undangTiadaTiada
precluded from defendingterhalang daripada membelaUndang-undangTiadaTiada
opportunity of being heardpeluang untok membela diriUndang-undangTiadaTiada
may defend by his guardian ad litemboleh membela melalui penjaga ad litemUndang-undangTiadaTiada
defensive copingkendalian defensifPerubatanTiadaTindakan membela diri oleh pesakit kerana tidak menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya menghadapi masalah kesihatan.
defensive copingkendalian defensifKejururawatanTiadaTindakan membela diri oleh pesakit kerana tidak menerima kenyataan bahawa ia sebenarnya menghadapi masalah kesihatan.
apologistapologisSejarahTiadaSeseorang yang membuat kenyataan membela sama ada secara lisan atau bertulis untuk mempertahankan kepercayaan atau institusi.
just of war (jur ad bellum)hukum perangSains PolitikHubungan AntarabangsaKonsep yang berkaitan dengan keadaan yang menjadikan perbuatan peperangan sebagai suatu tindakan yang adil dan betul. Kebanyakan perbahasan tentang hukum perang bersepakat menetapkan hukum ini sebagai adil dan betul apabila sesebuah negara berperang atas dasar membela diri, termasuk berperang kerana membela pihak ketiga yang lemah dan tidak berupaya membela diri sendiri. Hujah pembelaan pihak ketiga yang lemah ini pernah digunakan dalam PBB untuk menjustifikasikan Perang Teluk atau serangan terhadap Iraq yang telah menceroboh Kuwait yang lemah.
estanciaestanciaGeografiTiadaLadang besar di selatan Amerika diguna untuk membela lembu.
123

Kembali ke atas