development economics | ekonomi pembangunan | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang membincangkan masalah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat dan masalah agihan semula pendapatan dan kekayaan negara supaya pemilikannya lebih setara. Ekonomi pembangunan juga membincangkan cara mengatasi masalah pengangguran dan inflasi. |
international conferences | persidangan antarabangsa | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persidangan yang melibatkan peserta, penceramah atau pembentang kertas kerja dari pelbagai negara. Persidangan ini bertujuan untuk membincangkan isu yang berkaitan dengan kepentingan bersama negara yang menyertai persidangan tersebut. Contohnya, Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) yang membincangkan pelbagai isu yang berkaitan dengan negara Afrika dan Asia. |
cryogenics | ilmu kriogenik | Fizik | Haba | Ilmu yang membincangkan penghasilan dan penyelenggaraan sistem suhu rendah menghampiri sihu sifar mutlak dan kajian fenomena pada suhu tersebut. |
talk show | rancangan bicara | Komunikasi | Tiada | Rancangan televisyen yang membincangkan tentang isu-isu tertentu dan dikendalikan oleh seorang pengacara. |
fluid mechanics | (ilmu) mekanik bendalir | Fizik | Mekanik | Ilmu yang membincangkan sifat-sifat mekanik bendalir, termasuk hidrostatik, hidraulik, hidrodinamik dan dinamik gas. |
monetary economics | ekonomi kewangan | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang membincangkan wang dan peranannya dalam ekonomi. Ekonomi kewangan merangkumi kajian tentang pasaran wang, pasaran modal, dan institusi kewangan. |
joint consultation | perundingan bersama | Kejuruteraan | Tiada | mempunyai suatu forum untuk membincangkan kepentingan bersama seperti disiplin, latihan dan kebajikan. |
environmental ethics | etika alam sekitar | Kejuruteraan | Tiada | Pendapat atau falsafah yang membincangkan nilai etika persekitaran, termasuk hak-hak hidupan dan sistem persekitaran. |
rate of living theory | teori kadar kehidupan | Gerontologi | Tiada | Teori yang membincangkan tentang korelasi songsang jangka hayat dengan kadar metabolik. |
Congress (US) | Kongres (AS) | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan perundangan yang membincangkan dan menggubal undang-undang, dasar dan juga perbelanjaan negara Amerika Syarikat. Badan ini bersifat dwidewan yang terdiri daripada Dewan Perwakilan dan Dewan Senat. Dewan Perwakilan terdiri daripada 435 ahli yang merupakan dewan rendah dan ahIinya dipilih setiap dua tahun sekali. Dewan Senat pula merupakan dewan atas yang terdiri daripada 100 orang ahli yang dipilih untuk tempoh selama 6 tahun. Ahli kedua-dua dewan ini digelar sebagai ahli Kongres. Namun, dari segi adat dan amalan di Amerika Syarikat hanya ahli dewan perwakilan yang biasa digelar sebagai ahli Kongres manakala ahli dewan senat digelar sebagai Senator. |