Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bu.bar.kan] | ممبوبرکن

Definisi : 1. menjadikan (menyuruh) bubar, mencerai-beraikan, menyuraikan: tunjuk perasaan itu dibubarkan polis; 2. menghabiskan (tugas dll), menghentikan (mesyuarat dll), meniadakan: baginda mempunyai kuasa melantik PM atau ~ parlimen; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bu.bar.kan] | ممبوبرکن

Definisi : 1 menjadikan bubar; menyuruh bubar; mencerai-beraikan; menyuraikan: Pihak polis telah ~ orang-orang yg berpiket di hadapan pejabat pegawai daerah. 2 menghentikan atau menamatkan (sesuatu persidangan, mesyuarat dsb): Antara tugas baginda termasuklah memanggil dan ~ Parlimen. 3 menutup atau meniadakan (syarikat dsb); memansuhkan: Pihak kerajaan telah ~ semua parti politik yg berhaluan kiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membubarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disbandmentpembubaranSejarahTiadaTindakan membubarkan sesebuah pertubuhan atau pergerakan atau kumpulan.
dissolvelarut; bubar; serapSejarahTiada1. Bubar: Tindakan membubarkan sesebuah pertubuhan atau pergerakan atau kumpulan.
absorptionambil alihPentadbiranTiadaPembelian syarikat oleh syarikat lain dengan membeli aset dan membubarkan syarikat yang dibeli.
khiyar fasakhkhiyar fasakh/khiyar pembubaranPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pihak berakad untuk membubarkan akad yang sah. Bagi pembeli, hak khiyar fasakh boleh disebabkan kerosakan, kecacatan atau tidak menepati spesifikasi barangan. Bagi penjual, hak khiyar fasakh boleh disebabkan keingkaran pembeli membuat pembayaran atau ketidakupayaan menyediakan produk. Akad yang tidak memenuhi rukun jual beli, seperti menjual barangan yang rosak atau terbukti wujudnya penipuan, maka tidak wujud khiyar fasakh kerana akad tersebut tidak sah dan terbatal.
absorption (company)ambil alih (syarikat)EkonomiPerdaganganPembelian syarikat oleh syarikat lain dengan membeli aset dan membubarkan syarikat yang dibeli.
khiyar majliskhiyar majlisPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pihak berakad ketika berada di majlis akad. Sekiranya salah satu pihak menggugurkan hak pemilihan, maka pihak lain masih berhak membuat pilihan untuk meneruskan atau membubarkan akad selagi majlis akad belum tamat.

Kembali ke atas