cushioning | pengkusyenan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Penggunaan bahan kenyal untuk memencilkan peranti peka, seperti mikrofon atau perakam, daripada kesan getaran luar.,2. Pemampatan kuantiti stim yang sedikit dalam silinder enjin stim di pengakhiran lejang ekzos, untuk membantu omboh berhenti di pusat mati dan untuk meminimumkan daya-daya inersia. |
isolator | pemencil | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Cagak terasing, seperti blok konkrit berat atau blok besi tuang yang digunakan untuk memencilkan mesin atau peralatan daripada getaran atau kejutan luar. Komponen ini biasanya dijadikan tapak mesin bersaiz besar seperti pam, pemampat dan turbin. 2. Alat yang menyerap atau menghalang getaran dan hingar daripada terpindah dari satu komponen ke komponen lain. Contoh alat ini ialah pegas, blok getah, logam lembut dan penyambung boleh lentur. |
diagnostic program | atur cara diagnosis | Kejuruteraan | Tiada | 1. Atur cara khas untuk menyemak perkakasan komputer bagi operasi yang betul.,2. Atur cara ujian untuk membantu memencilkan kerosakan perkakasan pada pengawal boleh atur cara dan peralatan gunaan.,3. Atur cara untuk membantu mencari ralat pengekodan pada atur cara yang baru ditulis. |
isolating transformer | pengubah memencil | Teknik | Elektrik | Pengubah yang digunakan untuk perlindungan daripada bahaya kebocoran arus ke bumi. Pengubah ini mempunyai belitan utama dan sekunder yang tidak dihubungkan secara elektrik antara satu sama lain dan terasnya dibumikan bagi mengelakkan kemungkinan kewujudan voltan tinggi di belitan sekunder ketika berlaku kerosakan. Pengubah ini secara tidak langsung memencilkan beban/peranti pada belitan sekunder dari bekalan utama yang mempunyai talian bumi. Biasanya pengubah jenis ini mempunyai nisbah belitan 1:1. Contoh penggunaannya ialah pada bekalan ke osiloskop untuk mengambil bacaan voltan bekalan 240V. |