fingerprint recognition | pengecaman cap jari | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah biometri yang memetakan bentuk lengkuk, gelungan, lingkaran, percambahan dan percantuman pada permukaan tapak jari. Kaedah ini memetakan corak cap jari kepada perwakilan digital yang boleh digunakan oleh alat pengecam cap jari. |
congruent transformation | penjelmaan kongruen | Kejuruteraan | Tiada | Penjelmaan yang memetakan setiap matriks segi empat sama A kepada matriks segi empat sama B supaya B menjadi matriks kongruen bagi A. |
congruent transformation | penjelmaan kongruen | Matematik | Tiada | Penjelmaan yang memetakan setiap matriks segi empat sama A kepada matriks segi empat sama B supaya B menjadi matriks kongruen bagi A. |
epigenomics mapping | pemetaan epigenomik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk memetakan maklumat epigenomik di dalam genom organisma. |
restriction mapping | pemetaan penyekatan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah untuk memetakan segmen DNA yang tidak diketahui, dengan memecahkannya kepada kepingan kecil menggunakan enzim penyekat khusus, untuk mengenal pasti lokasi tapak sekatan. |
geospatial technology | teknologi geospatial | Pertanian | Agroteknologi | Teknologi yang digunakan untuk memetakan sesuatu kawasan dengan kaedah digital. Teknologi ini menggunakan tiga komponen, iaitu GPS, GIS dan RS. Teknologi ini memerlukan peralatan khusus, umpamanya GPS yang merupakan alat untuk mengesan kedudukan, GIS, iaitu perisian untuk mengintegrasi dan menterjemahkan data dan RS, iaitu sistem satelit untuk mengesan imej daripada jarak jauh. Teknologi geospatial digunakan bertujuan untuk menangani masalah persekitaran, ekologi, geologi dan epidemologi. Lihat juga GPS, GIS, RS. |
ARP (address resolution protocol) | ARP (protokol resolusi alamat) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol yang memetakan alamat pada rangkaian kawasan setempat (LAN) secara dinamik. |
waterfall model | model air terjun | Teknologi Maklumat | Tiada | Strategi kitar hidup pembangunan perisian yang memetakan projek kepada fasa yang disusun seperti struktur air terjun. |
domain name system (DNS) | sistem nama domain (DNS) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sistem yang memetakan alamat protokol Internet ke alamat nama domain yang boleh difahami pengguna. Contohnya, nama domain www.dbp.gov.my dipetakan daripada alamat protokol Internet 202.184.84.2. |
hodograph method | kaedah hodograf | Hidrologi | Tiada | Kaedah untuk menunjukkan masalah aliran air-tanah dua dimensi dengan memetakan domain aliran ke satah matematik pembantu yang koordinatnya adalah komponen luahan spesifik atau gradien hidraulik. |