Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.rin.ci.kan]/[mem.per.in.ci.kan] | ممڤرينچيکن

Definisi : menghuraikan (membentangkan, menimbangkan) dgn teliti (per­kara, kira-kira, dll): setelah ditimbangkan dan diperincikan soal itu baharu diketahuinya di mana telah berlaku kesilapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.rin.ci.kan]/[mem.per.in.ci.kan] | ممڤرينچيکن

Definisi : men­jadikan sesuatu dpt dirinci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.pe.rin.ci.kan]/[mem.per.in.ci.kan] | ممڤرينچيکن

Definisi : menghuraikan sesuatu sepenuh-penuhnya; menjadikan sesuatu dpt dibahagi-bahagikan atau dipecah-pecahkan: ~ kira-kira hutang piutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperincikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mutilated securitiessekuriti kaburPentadbiran PerniagaanTiadaSijil sekuriti yang tidak cukup memperincikan maklumat tertentu sehingga menyebabkan sukar untuk mengenal pasti ciri-ciri tertentu seperti isu, penerbit atau pemilikan.
detailed system designreka bentuk terperinci sistemTeknologi MaklumatTiadaProses yang memperincikan reka bentuk semua komponen sistem, iaitu secara lojik dan fizikal.
schedule of reinforcementjadual peneguhanPsikologiPsikologi UmumJadual atau program yang memperincikan frekuensi dan masa pemberian peneguhan. Sekiranya sesuatu peneguhan didasarkan kepada kekerapan sesuatu respons, maka peneguhannya dikelaskan sebagai jadual bernisbah tetap atau berubah. Jika peneguhan itu berdasarkan kepada sela masa, maka peneguhannya dikelaskan sebagai jadual sela tetap atau berubah. Contohnya, jadual peneguhan nisbah tetap 10 (FR 10) bermakna haiwan mesti melakukan respons (menekan tuas dalam eksperimen kotak Skinner) sebanyak sepuluh kali sebelum diberikan peneguhan.
work planrancangan kerjaTeknologi MaklumatTiadaRancangan yang disediakan untuk setiap fasa yang memperincikan tugas, anggaran sumber dan jadual masa.
competency-based learningpembelajaran berasaskan kompetensiTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya kemahiran asas yang konkrit. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kompetensi berasaskan kriteria yang ditetapkan. Pendekatan ini diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kompetensi yang perlu dikuasai. Lihat juga pengajaran berpandukan kriteria (CRI).
criterion referenced instruction (CRI)pengajaran berpandukan kriteria (CRI)Teknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pengajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya latihan. Pembelajaran atau latihan dalam talian berasaskan CRI biasanya mampu diri dan kaya sumber media. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kecekapan berasaskan kriteria yang ditetapkan bersesuaian dengan idea utama CRI, iaitu pembelajaran penguasaan dan pengajaran berorientasikan prestasi. Biasanya, CRI diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kecekapan yang perlu dikuasai.
detail drawinglukisan butir jelas/ lukisan terperinciAlam BinaTiadaBahagian set lukisan kerja pembinaan yang memperincikan cara penyambungan dan penggunaan bahan.
industrial policydasar industriPentadbiranPentadbiran Awam

Dasar mengenai arah tuju perkembangan industri dalam sesebuah negara yang memperincikan tujahan eksport, import, percukaian industri dan dorongan atau sekatan kepada bidang tertentu. Dasar ini menjelaskan barangan penggantian import negara, tujahan pertanian atau perkilangan negara, bentuk bantuan atau subsidi yang boleh diberikan, hubungan dengan negara mana yang menjadi tumpuan dan penerokaan bidang mana yang menjadi rancangan. Dasar ini melibatkan undang-undang, perbelanjaan, sokongan dan sekatan untuk mempastikan objektif dasar ini tercapai. Dasar industri negara Malaysia sejak tahun 1980-an tidak lagi bergantung kepada pengeluaran barang semula jadi sebaliknya telah beralih kepada barangan perkilangan dan perkhidmatan.

design phasefasa reka bentukTeknologi MaklumatPerisianTempoh kitaran hidup pembangunan perisian selepas fasa analisis yang melibatkan aktiviti memperincikan secara logik, cara sesuatu sistem atau perisian memenuhi spesifikasi sistem. Hasil daripada fasa reka bentuk ialah huraian tentang seni bina, komponen, antara muka, fungsi sistem serta cara kod disusun.
declarative knowledgepengetahuan penyataanSains SukanBiomekanikPengetahuan mengenai butir-butir yang mencirikan sesuatu maklumat. Contohnya, undang-undang permainan ragbi akan memperincikan cara permainan ini dilakukan.
12

Kembali ke atas