incremental repetition | ulangan meningkat | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk perulangan frasa-frasa dan baris-baris sehingga dapat memperkaya maknanya yang terdapat dalam balada. |
marinade | pemerap | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Campuran bahan seperti minyak, herba, sos dan rempah-ratus untuk memperkaya rasa dan melembutkan bahan makanan sebelum proses memasak. Campuran bahan ini lazimnya digunakan untuk memerap daging, ikan atau sayur-sayuran. Cecair berasid seperti cuka, jus lemon dan wain atau enzim (didapati daripada nanas, betik atau halia) juga digunakan. |
liver infusion | seduhan hati | Biologi | Mikrobiologi | Cecair yang mengandungi nutrien terlarut daripada pemprosesan hati dan digunakan untuk memperkaya medium pertumbuhan bakteria, terutama organisma Brucella tertentu. |
choke | pencekik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Injap yang terdapat di dalam corong karburetor, yang digunakan untuk memperkaya campuran udara-bahan api bagi memudahkan enjin dihidupkan semasa sejuk. |
astration | penajaman | Matematik | Tiada | Pengitaran bahan yang terus-menerus dari medium bintang ke dalam bintang yang sebaliknya, lalu secara terus-menerus memperkaya galaksi dengan unsur yang lebih berat daripada hidrogen. |
mulch | perapan | Biologi | Ekologi | Lapisan kepingan kayu, daun kering, jerami padi, rumput kering, carikan plastik atau bahan-bahan lain, yang diletakkan di atas tanah di sekeliling tumbuhan untuk mengekalkan kelembapan dan memperkaya tanah. |
DNA transformation | transformasi DNA | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Perubahan maklumat genetik DNA hasil kemasukan DNA asing. Pengambilan bahan maklumat DNA asing berlaku secara semula jadi melalui proses pemindahan lateral atau dilakukan di makmal yang akan membawa kepada perubahan kekal maklumat genetik. Transformasi DNA akan memperkaya kolam gen. |
mutation | mutasi | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Perubahan jujukan nukleotida atau sebahagian DNA sesuatu organisma. Mutasi boleh berlaku disebabkan oleh kesilapan semasa proses replikasi DNA atau pendedahan kepada mutagen. Mutasi juga merangkumi proses pemindahan DNA dengan skala besar, seperti bakteria yang mengalami pemindahan gen secara lateral. Mutasi memperkaya takung gen, seperti kemunculan bakteria rintang antibiotik. |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakaman pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold Bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalaman Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf |
stream of consciousness | aliran kesedaran | Kesusasteraan | Tiada | Teknik naratif yang mendedahkan segala isi dan aktiviti dalaman minda watak pada semua tahap kesedaran untuk menggambarkan alirannya yang tidak tersusun dan tidak berkesinambungan. Isi dan aktiviti tersebut termasuklah yang berbentuk memori, persepsi indera, emosi dan renungan. Tujuan teknik ini adalah untuk menyerlahkan imej, perasaan dan pemikiran yang melintasi minda watak tanpa mementingkan logik nahu. Justeru, rakan pemikiran dan perasaan watak muncul sebagai pengaliran yang tidak diaturkan. Walau bagaimanapun, seseorang pengarang masih boleh menstrukturkan asosiasi yang seolah-olah rambang demi memperkaya persoalan dan wawasan yang ingin diterokai. Contohnya, novel Ulysses oleh James Joyce mendedahkan pemikiran dan perasaan protagonisnya, iaitu Leopold bloom. Walau bagaimanapun, struktur dan makna masih boleh ditemui apabila Joyce menggunakan mitos Yunani tentang pengembaraan watak Ulysses untuk menggarap lapisan dalam Leopold Bloom. Berbeza dengan Joyce yang menggunakan mitos Yunani, Virginia Woolf dal |