Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ke.nal.kan] | ممڤرکنلکن

Definisi : 1. menyatakan atau mem­beritahukan nama seseorang (dan mungkin juga sedikit sebanyak keterangan tentang dirinya) kpd orang lain: pengerusi majlis ~ jemputan khas kpd para hadirin; sahabat-sahabatnya seorang demi seorang diperkenalkannya kpd aku; 2. mengusahakan (melakukan) supaya sesuatu itu diketahui orang, memberitahukan (dgn menerangkan dsb): Nabi menjalankan usahanya ~ agama Islam kpd orang-orang Madinah; ~ kaedah-kaedah mengajar sesuatu bahasa dgn menggunakan berbagai-bagai kemudahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ke.nal.kan] | ممڤرکنلکن

Definisi : 1 memberitahukan nama dll supaya dpt berkenal-kenalan: Beliau telah ~ sahabatnya itu kpd saya. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt diketahui: Buku ini ditulis utk ~ satu kajian yg mudah mengenai Geografi Kawasan kpd murid-murid. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
popularizationpopularisasiKesusasteraanTiadaUsaha memperkenalkan sebuah cerita sebagaimana yang dilakukan oleh pelipur lara.
set inductioninduksi setPendidikanTiadaTeknik memperkenalkan sesuatu tajuk pelajaran bagi menarik perhatian serta mendorong pelajar.
sample distributionedaran sampelKomunikasiKorporatKaedah memperkenalkan dan mempromosikan barangan kepada pengguna sasaran dengan mengedarkan sampel barangan dengan pelbagai cara. Antara cara tersebut adalah melalui pos edaran dari rumah ke rumah, dikedai, atau melalui kupon pengiklanan. Kaedah tersebut merupakan kaedah promosi yang murah dan mudah dikendalikan. Contohnya, pengedaran barangan kosmetik kepada kakitangan pejabat, pengedaran ubat baru kepada doktor, pengedaran syampu kepada pakar kecantikan, atau pengedaran buku teks contoh kepada guru dan pensyarah. Dari segi pengurusan, edaran sampel dilakukan oleh agensi tertentu dalam industri pengiklanan. Kaedah ini merupakan strategi promosi yang paling efektif bagi barangan baru kerana menawarkan percubaan percuma kepada pengguna dengan harapan mempengaruhi mereka supaya menjadi pengguna kekal. Sinonim fungsi sampel.
expository organizerkelola perkenalPendidikanTiadaKaedah mengajar bagi memperkenalkan bahan ciptaan baru kepada pelajar baru pada peringkat awal pengajaran sebelum peringkat pengelolaan seterusnya.
gobelinsgobelinKesenianHiasan DalamanNama keluarga yang telah memperkenalkan kilang pencelup warna pada pertengahan abad ke-15. Kilang tersebut telah dibeli oleh Louis XIV pada tahun 1662. Selain mengeluarkan pencelup warna, Louis XIV juga mengeluarkan perabot, upholsteri dan dewangga di kilang ini.
proempendahuluanKesusasteraanTiadaPendahuluan yang ringkas, bertujuan sekadar untuk memperkenalkan serba sedikit tentang sebuah hasil karya atau ucapan.
innovation strategystrategi inovasiPendidikanTiadaStrategi yang dirancang untuk memperkenalkan, menyebarkan, dan menerapkan inovasi kepada individu atau kelompok tertentu.
expositioneksposisiKesenianDrama dan TeaterBabak awal drama yang memperkenalkan persoalan cerita dan watak, menggambarkan latar serta memberikan fakta yang berkaitan untuk menjelaskan keseluruhan struktur drama.
food festivalpesta makananPelanconganTiadaKempen yang diadakan untuk memperkenalkan dan mempromosi makanan tempatan.
cover lettersurat pengiringPentadbiran PerniagaanTiadaSurat yang ditulis untuk memperkenalkan atau merujuk surat yang berkenaan.
12345678

Kembali ke atas