widening of meaning | perluasan makna | Linguistik | Tiada | Proses memperluas makna unsur bahasa dengan memperluas konteksnya |
extension | perluasan | Matematik | Tiada | 1. Proses memperluas sesuatu idea kepada yang lebih umum. 2. Hasil proses yang dinyatakan dalam perluasan 1. |
general relativity | kerelatifan am | Kimia | Tiada | Teori kegravitian yang memperluas teori khas kerelatifan untuk merangkumi pemecutan dan menghasilkan kesimpulan bahawa daya kegravitian adalah setara dengan daya disebabkan oleh pemecutan. |
lateral thinking | pemikiran lateral | Pentadbiran | Tiada | Analisis pemikiran untuk memperluas imaginasi dan mengalakkan ekspolitasi ingin tahu dengan mengenal pasti masalah baharu serta membentuk satu penyeledaian baharu. |
pervasive computing | pengkomputeran rebak | Fizik | Nanoteknologi | Aliran ke arah memperluas penggunaan komputer untuk mengantara muka pelbagai peranti elektronik dalam persekitaran menerusi teknologi tanpa wayar. Peranti ini bersaiz kecil atau tidak kelihatan, sama ada dalam bentuk boleh alih atau ditanam dalam kebanyakan objek seperti kereta, peralatan am, peralatan rumah, pakaian, dan pelbagai barangan. |
difference in conditions | perbezaan dalam syarat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kontrak berasingan yang memperluas atau memperlengkapkan skop insurans harta berdasarkan kepada peril yang dinamakan untuk melindungi semua risiko tertakluk kepada pengecualian yang ditetapkan. |
satellite communication | komunikasi satelit | Teknologi Maklumat | Tiada | Komunikasi yang menggunakan satelit untuk memperluas liputan perhubungan, radio, televisyen atau sebarang pemancar dengan mengembalikan isyarat ke bumi daripada satelit dalam orbit. Suatu platform komunikasi yang menerima dan menghantar kembali isyarat daripada stesen bumi. Satelit menggunakan frekuensi mikrogelombang sebagai pembawa isyarat. Malaysia menggunakan satelit Measat-1, Measat-2 dan Tiongsat untuk komunikasi satelit. |
market penetration | penembusan pasaran | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan strategik yang digunakan oleh organisasi bagi memperluas penguasaan pasaran melalui penjanaan aktiviti pemasaran yang lebih berkesan. Penembusan pasaran bertujuan untuk meningkatkan hasil jualan produk atau perkhidmatan yang sedia ada. Antara kaedah penembusan pasaran yang sering digunakan adalah dengan menawarkan produk dengan harga promosi, meningkatkan perbelanjaan pengiklanan serta menggiatkan usaha publisiti produk dan perkhidmatan. Contohnya, sebuah syarikat pengeluar tekstil tempatan yang terkenal kerap dilihat mengadakan tawaran potongan harga yang hebat terutamanya ketika musim perayaan dan jualan penghabisan stok. Di samping itu, syarikat ini juga turut menggunakan khidmat artis-artis popular tempatan sebagai duta syarikat bagi tujuan publisiti. |
copyleft | hak terbuka | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Suatu bentuk kebenaran untuk mengguna, mengubah suai, memperluas dan mengedar semula sesuatu hasil kerja kreatif dan hasil kerja lanjutan secara bebas dan terbuka kepada umum dengan mengekalkan hak kebenaran kepada terbitan selanjutnya. Hak terbuka ini membantu meluaskan penggunaan dan penambahbaikan hasil kerja untuk faedah bersama. Contoh hak terbuka ialah Apache OpenOffice, FileZilla dan Moodle. Banding hak cipta. |
imperialism | fahaman imperial | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dasar perluasan terhadap kedaulatan sesuatu negara atau wilayah negara. Fahaman ini merupakan penjajahan bentuk baru, iaitu dengan cara memperluas daerah kekuasaan sama ada melalui kekerasan ketenteraan atau kekuatan ekonomi. Imperialis dilakukan oleh negara atau aktor bukan negara yang menjalankan dasar imperialisme dengan mendominasikan sistem perhubungan antarabangsa melalui pelbagai bentuk, antaranya melalui penguasaan ekonomi dan perkhidmatan. |