Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.ngut] | مموڠوت

Definisi : 1. mengambil atau mengutip sesuatu yg ada di bawah (kerana jatuh dll): semua barang lama, tempurung, botol, dll hendaklah dipungut, jangan dibiarkan bersepah-sepah; 2. memetik atau mengambil buah (bunga, hasil tanaman, dll): petani gembira ~ hasil tanaman mereka; kanak-kanak yg rajin ~ bunga; 3. ki mengambil manfaat (faedah, untung, dll): kita yg bersusah-payah, orang lain yg ~ hasilnya; 4. menarik atau mengutip (bia, cukai, derma, sewa, tol, dll): pertunjukan pentas kerana ~ derma bencana alam; kalau dapat bolehlah diberikan ubat-ubat itu tanpa ~ bayaran; hasil zakat yg dapat dipungut tahun ini sungguh memuaskan; 5. mengutip atau me­metik (karangan dll), mengambil atau memin­jam kata-kata (drpd bahasa lain): buku ini mengandungi beberapa cerita yg dipungut drpd beberapa hikayat yg terkenal; 6. = memungutkan ark mengambil akan anak, meng­ambil (laki-laki) utk dijadikan menantu, meng­ambil orang utk dijadikan pembantu rumah tangga: persatuan utk ~ anak-anak yg terbiar; akan kupungut anak cucunya; 7. = ~ suara mengundi dgn mengambil suara (anggota, rakyat, dll): cadangannya utk ~ suara seluruh ahli dewan diterima oleh ketua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.ngut] | مموڠوت

Definisi : 1 mengambil sesuatu yg ada di bawah atau di tanah: Dia membongkok lalu ~ wangnya yg terjatuh di jalan itu. 2 mengambil hasil drpd tanam-tanaman (spt memetik bunga, buah): Sekarang kaum petani mula ~ hasil tanaman mereka. 3 mengutip cukai (tambang, sewa dll): Pd tiap-tiap awal bulan, datanglah dia ~ sewa rumahnya. 4 mengambil faedah (untung) drpd sesuatu: Orang lain yg bersusah payah, orang lain pula yg ~ hasilnya. ~ derma mengutip wang utk derma. ~ suara mengundi dgn mengambil persetujuan (suara). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pungut
Kata Terbitan : memungut, pungutan,

Puisi
 

Sehari-hari memungut kerah,
     Dipungut oleh dara teruna;
Manakan hati tidak resah,
     Ada kekasih entah di mana.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aniananianKesenianTiadaAlat untuk memungut dan menyusun benang lungsin mengikut panjang dan lebar kain yang dikehendaki.
ion collectionpemungutan ionKejuruteraanTiadaProses memungut ion dengan mengenakan voltan pengutuban di antara anod dan katod dalam kebuk pengionan.
marketing researchselidik pemasaranPentadbiranTiadaProses merancang, memungut, dan menganalisis data yang relevan kepada pembuat keputusan pemasaran.
observational researchpenyelidikan proses hatianPentadbiranTiadaKaedah penyelidikan yang memungut data primer melalui pengawsan, dan perekodan kelakuan secara langsung atau tidak langsung.
plankton netjaring planktonPerikananAkuakulturAlat yang digunakan untuk memungut plankton. Penggunaan jaring plankton dapat membantu menapis sampel plankton yang sedikit di dalam isi padu air yang banyak. Jaring plankton mempunyai saiz tertentu seperti 100, 150 dan 200 mikron bergantung pada jenis plankton yang hendak diambil. Jaring ini kebiasaannya direka bentuk seperti kon dengan panjang antara 50 – 60 cm, berdiameter 30 – 50 cm dan diikat pada tali sepanjang 2 m. Saiz jaring plankton dan saiz mata pukat boleh berbeza bergantung kepada keperluannya. Semakin besar luas permukaan jaring, semakin efektif jaring tersebut menapis plankton. Saiz mata skrin yang terlalu halus akan menyebabkan jaring mudah tersumbat dan mengurangkan keberkesanannya untuk memerangkap plankton. Penggunaan jaring plankton dengan saiz yang berbeza adalah lebih berkesan dalam pengasingan saiz plankton untuk kegunaan pusat penetasan.
post orderlyoderli posPentadbiran PerniagaanTiadaOrang suruhan yang menghantar dan memungut surat untuk tentera.
postmanposmenPentadbiran PerniagaanTiadaPekerja pos yang ditugaskan untuk mengendali, menghantar dan memungut benda pos sama ada di dalam atau di luar pejabat pos.
caller's agencywakil pos swapungutPentadbiran PerniagaanTiadaEjen yang dilantik untuk memungut sendiri surat di pejabat pos atau menghantar surat dan serahan ke wakil pos tanpa melalui posmen.
pickup reactiontindak balas pungutKejuruteraanTiadaTindak balas nuklear yang zarah tujunya memungut satu nukleon daripada nukleus sasaran dan seterusnya nukleon itu akan terikat pada zarah tersebut.
datahandling systemsistem pengendalian dataKejuruteraanTiadaAlat semi automatik atau automatik yang digunakan untuk memungut, menghantar, menerima dan menstor data nombor.
123

Kembali ke atas