centralizing of marketing | memusatkan pemasaran | Ekonomi | Tiada | Tiada |
centering | pemusatan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Pemusatan: Proses memusatkan kedudukan setem yang akan dicetak. |
converging | penumpu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sesuatu yang digunakan untuk memusatkan pancaran cahaya dan lain-lain seperti kanta. |
urban bias | cenderung bandar | Sosiologi | Tiada | Satu keadaan atau kecenderungan memusatkan sebahagian besar sumber yang ada untuk pembangunan di kawasan bandar. |
urban bias | cenderung bandar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu keadaan atau kecenderungan memusatkan sebahagian besar sumber yang ada untuk pembangunan di kawasan bandar. |
autism | autisme | Perubatan | Tiada | Keadaan yang berlaku apabila seseorang dikongkong oleh pemikiran subjektif dan memusatkan fikirannya pada dirinya sendiri. Akibatnya individu berkenaan suka memencilkan diri dan sukar berkomunikasi dengan masyarakat. |
atonality | atonaliti | Muzik | Tiada | Muzik yang tidak memusatkan kepada sesuatu nada dan ba-nyak menyandarkan pada penggunaan melodi dan harmoni dari skel kromat. Muzik atonal muncul pada awal abad ke-20 dan tidak mempamerkan ciri harmoni tradisional. Perintis atonaliti ialah Schoenberg, Berg dan Webern. Sinonim muzik atonal. |
universal chuck | cuk universal/cuk semesta | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Alat pemegang benda kerja yang mempunyai tiga atau empat rahang yang boleh bergerak serentak apabila salah satu nat pengunci diputarkan. Alat ini biasanya digunakan pada mesin larik untuk memegang dan memusatkan benda kerja sebelum kerja melarik dilakukan. Alat ini juga terdapat pada mesin kisar dan mesin gerudi. |
stylistics | stailistika | Kesusasteraan | Tiada | Kajian gaya penulisan dan ujaran yang menggunakan wacana dan konsep yang ditetapkan oleh disiplin ilmunya. Stailistika pada zaman moden merupakan perkembangan daripada kajian retorik dan pidato pada zaman sebelumnya. Minat terhadap kajian gaya penulisan ini meluas di Eropah pada awal abad ke-30, dan dipelopori di Britain dan U.S.A. pada tahun 1960-an. Stailistika berkait rapat dengan kritikan praktikal yang memusatkan kritikan kepada analisis teks. Kedua-dua kaedah ini berkongsi matlamat yang sama, iaitu meneliti ciri formal (bukan isi) bahasa yang digunakan. Apabila linguistik dimanfaatkan dalam kritikan sastera, bidang ini dikenali sebagai stailistika sastera. Sebaliknya, apabila kajian stailistika tidak berfokus pada kajian sastera tetapi pada penciptaan kaedah atau model untuk analisis bahasa, bidang itu dikenali sebagai stailistika linguistik. |