intimidating manner | gertak | Sukan | Tiada | Perilaku menakut-nakutkan pemain lawan. |
empty threat | ancaman kosong | Umum | Tiada | Ancaman yang dibuat untuk menakut-nakutkan seseorang, tanpa ada niat untuk melaksanakan ancaman tersebut. |
terrorism | keganasan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan yang dilakukan dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan badan yang serius kepada orang awam atau mana-mana pihak yang tidak mengambil bahagian dalam sesuatu permusuhan apabila tujuan tersebut adalah untuk menakut-nakutkan populasi, atau memaksa sesebuah kerajaan atau pertubuhan antarabangsa untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan. Takrifan ini terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa bagi Pencegahan Pembiayaan Keganasan 1999. Keganasan boleh dilakukan oleh individu persendirian atau negara. Walau bagaimanapun, keganasan biasanya dilakukan bagi tujuan politik atau ideologi tetapi bukan untuk tujuan persendirian. Contoh keganasan ialah tindakan meletupkan objek awam, merampas kapal terbang, mengambil tebusan atau perbuatan menculik. |