trap | 1. perangkap; 2. penapis | Alam Bina | Tiada | 1. Kelok pada sesuatu salur yang boleh menakung air untuk menghalang udara, bauan dan sebagainya daripada mengalir balik. 2. Alat yang digunakan untuk menapis bahan sisa seperti minyak, gris dan sebagainya. |
nanofiltration | nanoturasan | Fizik | Nanoteknologi | Proses penurasan menggunakan membran berliang bersaiz antara 1 nm - 10 nm, iaitu lebih kecil daripada saiz ultraturas. Membran diperbuat daripada filem tipis polietilena tereftalat atau filem tipis alumina. Pada awalnya proses ini digunakan untuk prarawatan air laut bagi menapis keluar ion Ca2+ dan Mg2+, iaitu sebelum dilakukan rawatan selanjutnya menggunakan osmosis berbalik. Proses ini digunakan juga untuk menuras susu, jus dan bahan ubatan. |