artificial insemination | permanian beradas | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Proses mendepositkan semen ke dalam saluran pembiakan betina pada masa tertentu dengan menggunakan peralatan tertentu. Kaedah mendepositkan semen boleh dilakukan secara intravagina, intraserviks atau intrauterus. |
inseminate | memani | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah mendepositkan semen ke dalam vagina haiwan betina. Memani hanya boleh dilakukan setelah haiwan betina menunjukkan tanda estrus. |
margin call | panggilan margin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Panggilan ke atas pelanggan untuk mendepositkan dana atau sekuriti tambahan dalam akaun margin bagi tujuan mengekalkan nisbah hutang atas ekuiti minimum. |
profit and loss sharing system (PLS system) | sistem perkongsian untung rugi | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sistem yang membolehkan penyimpan mendepositkan dananya berdasarkan prinsip PLS dan bank menyediakan pembiayaan berdasarkan mod yang dibenarkan seperti musyarakah, mudarabah, margin, sewaan, sewa jual dan perkongsian sewa. Sistem ini buat pertama kalinya telah dicadangkan oleh panel ahli ekonomi dan perbankan dan dipersetujui oleh Majlis Ideologi Islam Pakistan pada 1980. Sinonim sistem PLS. |
fast cheque deposit (FCD) | deposit cek pantas | Perbankan | Tiada | Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak bank kepada pelanggan untuk mendepositkan cek dengan cepat dan cekap. |