Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.sa/] | مندسق

Definisi : berbunyi spt bunyi kertas direnyuk-renyukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.sa/] | مندسق

Definisi : 1. menolak (menyorong, men­dorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya mem­banyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, per­kara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penya­maan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentu­lah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. men­dorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.sa/] | مندسق

Definisi : 1 mengasak (menghimpit, menolak) dgn badan: Susah betul hendak masuk ke stadium apabila banyak orang yg ~ dr belakang. 2 menyuruh (menuntut, meminta) dgn sungguh-sungguh: Dia ~ saya supaya menyiapkan kerja itu secepat mungkin. 3 hampir tiba saatnya (ketika, waktu): Masanya sangat ~, saya terpaksa menyiapkan kerja itu segera. 4 menghasut; mengacum: Tentu ada orang yg ~nya, maka ia sanggup memusuhi keluarga sendiri. 5 penting (dan mesti dibuat segera); memaksa: Kita mesti menyelesaikan hal-hal yg ~ itu. 6 mempengaruhi, mendorong; memberangsangkan: Rasa rendah diri telah ~nya supaya terus memencilkan diri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendesak

Peribahasa

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
U – tubingtetiub – UKejuruteraanPetroleumTindakan bendalir mengalir di dalam tiub yang berbentuk ‘U’. Di dalam tiub ini bendalir yang lebih berat akan mendesak bendalir yang lebih ringin. Contohnya, semasa mengatasi semburan keluar atau melakukan pembunuhan telaga, lumpur yang lebih berat akan mendesak lumpur yang lebih ringin yang telah berada di dalam rentetan paip gerudi dan anulus supaya turun ke bawah rentetan paip gerudi dan keluar ke anulus untuk seterusnya mengalir ke permukaan melalui anulus berkenaan.
assertive behaviourtingkah laku mendesakSosiologiTiadaPerilaku yang menunjukkan ciri-ciri ketegasan, memaksa dan bersungguh-sungguh.
imperative planningperancangan imperatif/perancangan mendesakGeografiTiadaTiada
imperative planningperancangan imperatif/perancangan mendesakEkonomiTiadaTiada
imperative planningperancangan imperatif/perancangan mendesakSosiologiTiadaBentuk perancangan yang bersifat memerintah dan melibatkan arahan-arahan tertentu.
besiegemengepungUndang-undangTiadaMelingkungi, mendesak, mengerumuni untuk menawan, mengalahkan, menindas atau berebut-rebut untuk mendapatkan sesuatu.
displacementpenyesaranUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan mendesak sekumpulan manusia supaya beralih dari sesuatu tempat. Dalam undang-undang jenayah antarabangsa, penyesaran secara paksa bermaksud perbuatan mengusir atau memindahkan penduduk dengan cara kekerasan, dan keduaduanya merupakan perbuatan jenayah terhadap kemanusiaan. Penyesaran terhadap sesuatu kumpulan yang dilindungi merupakan niat khusus bagi jenayah kemanusiaan yang dikenali sebagai pembersihan etnik. Lihat juga pembersihan etnik.
temporary systemsistem sementaraPendidikanTiadaSistem atau pengaturcaraan untuk memenuhi keperluan yang mendesak tanpa peluang membuat persediaan yang rapi.
emergencydarurat; kecemasanPerubatanTiada1. Kejadian yang tidak diduga atau tidak disangka.,2. Keperluan yang mendesak atau segera.,3. Kemalangan.
ultimatumkemuktamadanSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan terakhir yang diberikan kepada seseorang atau sesuatu pihak bagi mendesak pihak tersebut memilih atau membuat satu keputusan muktamad yang tidak ada tolak ansur lagi. Kata dua ini meletakkan sesuatu pihak tersebut terhimpit dengan ruang pemilihan yang sangat terbatas. Contohnya, penyalahgunaan kuasa Presiden Amerika Syarikat, Bush yang memberi kata dua kepada Presiden Iraq Saddam Hussein untuk menghapuskan senjata pemusnah atau akan diserang. Sinonim kata dua.
1234

Kembali ke atas