compression cooler | pendingin mampatan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Unit pendingin yang dikendalikan berdasarkan pengewapan cecair penyejuk untuk mendinginkan sesuatu sistem atau proses. Pengewapan cecair penyejuk ini menyebabkan cecair penyejuk bertukar menjadi gas dan serentak mendinginkan sistem tersebut. Pemampat kemudian digunakan untuk memampatkan gas semula ke fasa cecair bagi proses pendinginan selanjutnya. |
controlled cooling | pendinginan terkawal | Kejuruteraan | Tiada | Proses mendinginkan objek dari suhu yang tinggi dengan cara yang telah ditentukan untuk mengelakkan keretakan, perubahan dalam atau pengerasan, atau untuk menghasilkan mikrostruktur yang dikehendaki. |
blast chiller | pendingin bagas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Alat untuk mendinginkan makanan dengan lebih cepat daripada peti ais iaitu kira-kira 20 hingga 30 minit sahaja. |
closed-cycle cooling system | sistem pendinginan kitar tertutup | Kejuruteraan | Tiada | Sistem mendinginkan logi kuasa yang air dinginnya boleh menyebabkan pencemaran terma, dikitar semula dan tidak dilepaskan ke dalam alur air. |
refrigerator | peti sejuk | Kejuruteraan | Tiada | Peti atau kabinet yang boleh mengekalkan keadaan suhu rendah untuk mendinginkan makanan, minuman dan sebagainya. |
refrigerator | peti sejuk | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Peti atau kabinet yang boleh mengekalkan keadaan suhu rendah untuk mendinginkan makanan, minuman dan sebagainya. |
piston cooling jet | jet pendinginan omboh | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Lubang kecil untuk pancutan minyak enjin bagi mendinginkan omboh. |