sandstorm | ribut pasir | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin kuat yang menerbangkan zarah pasir yang berdiameter 0.08 mm hingga 1 mm ke udara, biasanya diterbangkan ke ketinggian kurang daripada 2 m dari permukaan bumi dan jarang melepasi ketinggian 11 m. Ribut pasir selalunya berlaku di kawasan padang pasir akibat angin kuat yang disebabkan oleh pemanasan permukaan. Ribut pasir cenderung berlaku di waktu siang dan reda pada waktu malam. Bagi laporan sinoptik, ribut pasir dilaporkan apabila ketampakan mendatar kurang daripada 1000 m. |