Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lu.nga.lu.kan] | مݞالو-الوکن

Definisi : 1. menyambut ke­datangan tamu dll (dgn hormat dan mesra): bekas murid ~ kedatangan cikgu; 2. me­nyambut baik sesuatu (spt bantuan, sesuatu tindakan, cadangan, dll): persatuan itu ~ pe­ngu­muman yg dibuat oleh Menteri itu; 3. mengeluarkan kepala hendak menengok (menjenguk): ia ~ kepalanya keluar tingkap utk melihat siapa yg memanggil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lu.nga.lu.kan] | مݞالو-الوکن

Definisi : menyambut ketibaan seseorang: Kami telah pergi ke lapangan terbang utk ~ sahabat kami itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalu-alukan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
opening remarkkata alu-aluanKomunikasiKorporat1. Ucapan yang disampaikan oleh penganjur sesuatu acara untuk mengalu-alukan kehadiran khalayak. Ucapan biasanya mengandungi kata penghargaan, menjelaskan maksud acara, pernyataan hasrat supaya acara berjalan lancar, dan harapan agar khalayak berpuas hati dengan acara yang dianjurkan. Fungsi utama kata alu-aluan adalah untuk mewujudkan daya tarikan, menyemai keakraban, dan membina keyakinan khalayak terhadap organisasi. Ucapan biasanya disampaikan oleh ketua sesebuah organisasi atau wakil ketua organisasi. Tempoh penyampaian kata alu-aluan lebih singkat berbanding ucapan utama. Perkataan dan ayat yang digunakan oleh penyampai biasanya dipilih dan diolah secara strategik untuk memastikan ucapan tersebut mendapat perhatian. Sinonim ucapan alu-aluan. 2. Kata-kata yang ditulis dalam buku cenderamata untuk sesuatu acara atau majlis. Kata-kata biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung dengan acara atau majlis. Kata-kata ini biasanya ditulis oleh pihak yang bertanggungjawab secara langsung d
pineapplemotif nanasKesenianHiasan DalamanMotif hiasan berbentuk nanas yang terdapat pada kepala katil dan perabot lain. Di England dan Amerika, motif ini biasanya digunakan pada kemasan kepala pintu utama sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu.
gatewaypintu gerbangKesenianSeni BinaPintu masuk utama sesebuah kawasan, kompleks, bangunan atau bandar. Pintu ini mempunyai pelbagai reka bentuk yang boleh dilalui dan dianggap sebagai mercu tanda sesuatu binaan. Pintu gerbang juga boleh berfungsi untuk menandakan sempadan sesuatu kawasan dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Contohnya, pintu gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan.
introductory remarkskata pengantarKomunikasiKorporatKata-kata yang ditulis di bahagian awal dalam sesuatu hasil penerbitan seperti buku. Penulis kata pengantar biasanya terdiri daripada individu yang arif atau berwibawa dalam bidang yang berkaitan. Bentuk penulisannya adalah ringkas dan padat, serta lebih memberikan tumpuan kepada ucapan mengalu-alukan usaha penghasilan penerbitan berkenaan.

Kembali ke atas