activist | aktivis | Sejarah | Tiada | Orang yang menganjurkan atau mengamalkan aktivisme. |
convener | penganjur | Sejarah | Tiada | Orang yang menganjurkan satu perhimpunan umum atau perjumpaan secara formal untuk tujuan tertentu biasanya apabila timbul isu-isu yang menarik perhatian atau isu yang kontroversial. |
city package | pakej bandar | Pelancongan | Tiada | Pakej pelancongan yang menganjurkan lawatan di sekitar kawasan bandar. |
bounty | baunti | Undang-undang | Tiada | 1. Wang yang dibayar atau premium yang ditawarkan untuk menggalakkan atau menganjurkan sesuatu tujuan atau supaya sesuatu tindakan atau perkara dilakukan.,2. Sejumlah wang yang diberikan, lazimnya oleh kerajaan, kepada orang-orang tertentu kerana perkhidmatan yang sudah atau akan diberikan untuk rakyat. |
historicism | fahaman sejarah | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Proses mengkaji dan mempelajari sesuatu analisis politik dengan menyelidik perjalanan sejarah. Contohnya, Karl Marx menganjurkan pandangan mengenai interpretasi materialis tentang fahaman sejarah masyarakat manusia. Menurut beliau, sejarah manusia difahami melalui pertentangan kelas, iaitu antara kelas penindas dengan kelas tertindas. Beliau meramalkan perkembangan sejarah manusia melalui analisis sejarah yang bersifat dialektik materialisme. Oleh itu, aspek material yang penting dalam perkembangan sejarah manusia ialah aktiviti ekonomi. |
non-governmental organization | organisasi bukan kerajaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan sukarela yang dibentuk untuk memperjuangkan kepentingan sesuatu kelompok. Pertubuhan ini sering disebut sebagai kumpulan pendesak yang bergerak dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang mewakili kepentingan masing-masing. Sifat utama pertubuhan ini adalah untuk mempengaruhi dasar kerajaan tetapi tidak bertujuan menyertai persaingan merebut kuasa pemerintahan, dan ini membezakannya dengan parti politik. Kumpulan ini menggunakan pelbagai cara untuk mempengaruhi keputusan kerajaan seperti melobi, menggunakan media, menulis surat kepada pihak berkuasa, membuat petisyen atau melancarkan tunjuk perasaan. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini tidak melaksanakan gerakan secara keganasan. Contohnya, pertubuhan alam sekitar seperti Sahabat Alam dan Pertubuhan Alam Semula Jadi Malaysia (MMS), pertubuhan pengguna seperti Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan pertubuhan buruh pula seperti Persatuan Pekerja Kerajaan Awam (Ceupacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). |
Islamic Centre for the Development of Trade (ICDT) | Pusat Pembangunan Perdagangan Islam (ICDT) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bermatlamat untuk menggalakkan perdagangan antara negara anggota. Organisasi ini memberikan nasihat, menyebarkan maklumat dan menganjurkan seminar, pesta perdagangan dan pameran bagi menggalakkan perdagangan. Lihat juga Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). |
radical politician | ahli politik radikal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Ahli politik yang berfikiran dan bertindak secara radikal dengan menggunakan kaedah yang lebih keras. Mereka juga mempunyai matlamat yang radikal seperti menuntut kemerdekaan wilayah tertentu, mendesak pemerintah meletak jawatan dan menganjurkan pemberontakan. Pemimpin radikal ini tidak menyukai proses politik secara kerjasama, kompromi, tawar-menawar atau yang mengikut perlembagaan. la cenderung kepada gerakan bawah tanah yang bersifat subversif. Contohnya, pemimpin Gerakan Pemisahan IRA di Northern Ireland di Great Britain seperti Gary Adam yang merupakan ahli politik radikal. |
biodynamic farming | perladangan biodinamik | Pertanian | Agronomi | Kaedah pertanian organik yang menekankan konsep keseimbangan perhubungan antara tanah, tanaman dan haiwan dalam satu sistem ekologi yang tertutup dan mampu membekal nutrien sendiri tanpa input dari luar. Kaedah ini melibatkan penggunaan najis haiwan sebagai baja asli dan sisa tanaman sebagai kompos, tanpa penggunaan baja dan racun kimia. Selain itu, rumusan herba dan mineral ditambah pada kompos atau disembur bagi memenuhi keperluan nutrien oleh tanaman. Perladangan biodinamik menganjurkan tanaman bersepadu dengan penternakan, tanaman campuran, tanaman penutup bumi, baja hijau dan kitaran semula nutrien. Kaedah ini diperkenalkan oleh Dr. Rudolph Steiner pada tahun 1920. |
North America Free Trade Agreement (NAFTA) | Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1992 oleh negara Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini mula dilaksanakan pada 1 Januari 1994. Tujuannya adalah untuk menubuhkan zon perdagangan bebas di Amerika Utara dan menghapuskan cukai tarif bagi kebanyakan barangan yang dihasilkan oleh negara yang menandatangani persetujuan tersebut. Perjanjian tersebut menganjurkan penghapusan secara beransur-ansur halangan kepada pelaburan dan pergerakan barangan serta perkhidmatan antara ketiga-tiga negara tersebut dalam tempoh 15 tahun. Antara sektor yang terlibat ialah pertanian, automobil, perkilangan tekstil, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, tenaga dan pengangkutan lori. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dikritik sebagai penyebab kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat kerana banyak industri di negara tersebut telah memindahkan kilang mereka ke Mexico. Pada masa yang sama, perjanjian ini memberi kesan yang negatif kepada ekonomi beberapa buah negara Caribbean yang mengeksport barangan mereka ke |